Tips pilih durian elok, jangan terpedaya



Tips pilih durian elok, jangan terpedaya

Musim durian adalah musim yang paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan masyarakat Malaysia telah bermula. Walau dijual dengan harga yang agak ‘mahal’ mengikut jenis, raja buah ini tetap digemari ramai tanpa mengira peringkat usia.

Namun, ada juga yang tertipu dengan penjual semasa membeli durian. Semasa di gerai, durian yang dirasai itu sedap. Tapi, bila sudah dibawa pulang, isi durian yang dikopek sendiri di rumah tidak elok, tawar dan ada yang keras. Siapa yang tak geram?

Oleh itu, perkongsian mengenai tips bagi membeli durian yang baik oleh Ida Royani di Group Facebook Kebun Sayur, Bunga Dan Buah Buahan ini boleh digunakan bagi mengelakkan pembeli tertipu dengan penjual durian yang ingin mengaut keuntungan.

Sedikit ilmu untuk yang tak biasa dan kurang berpengalaman beli durian.




Ilmu ni cheq belajar daripada pengalaman hidup cheq sebab cheq memang anak tauke dan pemilik dusun-dusun durian. Daripada durian kampung hingga ke variety yang baru.

Bila membeli Durian:

1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh pada bulatan tangkai itu akan ada rasa belendir. Menandakan buah betul-betul fresh.

2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil. Menandakan buah semakin kurang kualiti.

3. Pilih buah yang tidak pecah bontot. Buah yang baru, tidak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ketiga. Ketika ini, rekahan bentuk line di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semakin besar rekahan. Kualiti tempoyak je.




4. Jika suka rasa yang lemak manis-manis. Pilih duri pendek dan sekata.

5. Jika suka yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit. Pilih duri yang melengkung sedikit. Biasa berduri panjang seinci.

6. Untuk mengenal pasti buah elok, tidak rosak atau bena. Cium setiap pangsa. Buah yang masak ada bau dariapda setiap pangsa. Ini paling mudah.

Dia juga turut berkongsi tips bagi seorang yang profesional dalam memilih durian.

7. Bagi yang professional. Kami akan:




a) Goncang buah. Buah masak elok akan terasa ada gegar.

b) Teknik menggaru buah. Buah yang masak elok ada bunyi lompong. manakala buah yang muda bunyi padat.

c) Durian bukit berbeza dengan durian kampung. Daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji atau lebih). Tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri. Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.

d) Untuk tentukan jenis warna isi durian. Di bahagian tangkai tu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Bila kikis sikit dengan kuku boleh tegok kulit ari durian. Ada yang hijau, ada yang coklat. Coklat pun banyak jenis. Sebab berbeza warna isi. Jika kulit ari kuning. Isi juga kuning. Dan jika dikikis kulit tebal. Isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga. Buah durian sendiri coklat perang macam tembaga.

Sekadar berkongsi ilmu sahaja. Sebab kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Yang menjual itu mereka bukan pemilik kebun. Sebab itu mereka kejar untung. Wassalam.




Tips pilih durian elok, jangan terpedaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang



Leave a Reply

Your email address will not be published.