Jemaah haji sedia menuju ke Mina

Sebaran :

Jemaah haji sedia menuju ke Mina.  Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci masih menerima ketibaan para jemaah hari pada Ahad sehari selepas kumpulan pertama jemaah selesai melaksanakan tawaf al-Qudum (tawaf selamat datang) di samping mematuhi peraturan kesihatan yang dilaksanakan di bawah protokol ketat haji musim Covid-19 untuk tahun kedua.

Jemaah haji yang tiba di kota suci Makkah berkumpul di empat lokasi ditetapkan di al-Taneem, al-Shara’i, pusat pemeriksaan Kor dan zon keselamatan al-Shumaisi sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan serta dibawa menaiki bas khas ke Masjidil Haram.

Seramai 60,000 jemaah warga tempatan dan ekspatriat daripada 150 negara menunaikan Rukun Islam Kelima itu dengan mematuhi peraturan kesihatan yang ketat dan akan turut diawasi kira-kira 25,000 pegawai dan kakitangan.

Kebanyakan jemaah juga dilihat membawa payung untuk melindungi diri mereka daripada cuaca panas terik berikutan suhu di kota suci kini mencecah 41 darjah Celsius.

Pada Ahad, jemaah haji juga akan mula menuju ke Mina pada Hari Tarwiyah dan lebih 200 bas disediakan untuk perjalanan sejauh kira-kira 10 kilometer itu.

Difahamkan, bas itu boleh membawa secara purata 2,000 jemaah haji untuk tempoh setiap tiga jam.

Bagi memudahkan para jemaah, mereka turut dibahagikan mengikut kod warna.

Pada Isnin, jemaah akan bergerak ke Arafah untuk menjalani wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji.

Untuk memastikan kelancaran urusan jemaah haji, persediaan akhir logistik dan jagaan kesihatan juga sedang giat dilakukan di khemah penempatan mereka di Mina.

Pada tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah turut memperkenalkan kad pintar kepada para jemaah haji bertujuan untuk mengehadkan segala urusan mereka dengan kontak manusia. – Agensi

Jemaah haji sedia menuju ke Mina

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Political genius atau Pak Pandir moden


Sebaran :

Leave a Reply