Lubuk ‘shopping last minute’ baju raya

Lubuk ‘shopping last minute’ baju raya

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya. Ada yang disebabkan oleh kekangan waktu kerana bekerja, membuatkan mereka ini terpaksa shopping raya pada saat akhir.

Nak order baju raya, memang tak akan sempat sampailah kerana kebanyakan penjual sudah tidak ambil pesanan baju raya. Jadi pilihan terakhir yang tinggal adalah beli baju raya di bazar atau kedai.

Jadi bagi kamu yang tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, kunjungi ke kawasan ‘hot spot’ ini untuk beli baju raya. Psst… Jualan ini biasanya akan berlangsung hingga ke malam raya nanti!

Lalaport KL

Kunjungi Lalaport untuk ke bazar Pesta Raya yang berlangsung hingga 19 April 2023. Di sini, kamu boleh dapatkan pelbagai baju raya daripada jenama lokal. Sambil-sambil itu boleh juga kalau nak dapatkan kuih raya atau menonton persembahan dan bermain aktiviti tradisional.

Jakel Mall

Paling senang, Jakel Mall tawarkan baju Melayu, baju kurung hingga ke baju kanak-kanak dalam satu tempat. Pilih sama ada kamu nak cutting baju Melayu Aaron Aziz, Awal Ashaari hingga ke Nabil Ahmad. Atau pun pilih pebagai stail baju kurung yang menarik di mata kamu.

Selain baju raya, Jakel turut menawarkan perkhidmatan nasihat fesyen, perhiasan rumah hingga ke barang keperluan solat.

Bangi Sentral

Kalau rasa tak sempat order baju raya kesukaan dalam talian, apa kata kamu cepat-cepat ke Bangi Sentral. Di sini ada pelbagai butik popular seperi Calaqisya, Wanzar, Calaqisya, Sugarscarf dan banyak lagi.

PNKS Shah Alam

Menjadi salah satu lokasi popular, PKNS Shah Alam menawarkan pelbagai jenis pakaian raya yang sesuai untuk si bujang dan keluarga. Selain baju raya, kamu juga boleh dapatkan kasut, aksesori pakaian hingga ke kuih raya.

Jalan Masjid India

Yang tak suka bersesak padat, kamu boleh jadikan Jalan Masjid India sebagai lokasi beli-belah last minute! Lokasinya berhampiran dengan Jalan TAR, dan dipenuhi dengan kedai yang menjual pakaian raya dengan potongan harga yang berpatutan sehingga stok habis.

Kenanga Wholesale City (KWC)

Jangan terkejut ye kalau kamu boleh habiskan masa satu hari mengelilingi setiap tingkat dalam bangunan KWC ini. Mana taknya, setiap tingkat menawarkan pelbagai jenis baju raya yang bakal menepati citarasa kamu. Dan paling penting sekali, harganya murah serta berpatutan dengan kualitinya!

Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Paling popular! Bila kamu ke Jalan TAR, jangan rambang mata pula ye melihat pelbagai baju raya dijual di sini. Walaupun harganya agak murah, tetapi berkualiti. Manakala stok dan corak setiap pakaian pula boleh dikatakan setiap minggu diperbaharui.

Aeon Jusco, Mid Valley Megamall & Shah Alam

Berbeza daripada dulu, Aeon Jusco kini menjual pelbagai jenis baju raya yang mengikut trend. Dan terkini ada pakaian raya daripada Jovian, Fiziwoo dan banyak lagi dijual di Aeon.

Psst… Sekarang ini AEON ada buat promosi dua helai baju berharga RM100.
Happy shopping!

Lubuk ‘shopping last minute’ baju raya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker