Ketupat tak laku, daging korban tak laris

Ketupat tak laku, daging korban tak laris. Permintaan ketupat sejuk beku sempena Hari Raya Aidiladha pada kali ini turun lebih 50 peratus berbanding Hari Raya Aidilfitri lalu.

Pengusaha Ketupat Palas Kubang Sepat, Muhammad Shauqee Che Halim, 29, berkata, sempena Aidiladha kali ini, dia hanya menerima tempahan sekitar 600 kilogram (kg) berbanding 2,000kg bagi empat jenis ketupat iaitu biasa, kacang, jagung dan pulut hitam pada Aidilfitri lalu.

Katanya, kemerosotan permintaan itu turut melibatkan ejen di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Melaka.

“Ketika Aidilfitri lalu, ejen saya di Kuala Lumpur membuat tiga kali pesanan sepanjang Ramadan dengan keseluruhan pesanan 1,000kg tetapi kali ini dia hanya ambil 200kg saja.

“Pergerakan mereka juga terhad untuk buat penghantaran kepada pelanggan selain ia berkaitan dengan mood (emosi) hendak meraikan Aidiladha pada tahun ini,” katanya.

 

GOMBAK – Jualan daging lembu untuk persiapan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini agak perlahan.

Bagaimanapun, menurut seorang peniaga daging, Mohd Azhar Arif Ibrahim, 31, sambutan orang awam membeli daging kali ini lebih baik berbanding tahun lepas iaitu ketika di awal kemunculan Covid-19.

Menurutnya, mengambil pengalaman daripada tahun lepas, perniagaan pada tahun ini lebik baik dan lancar dengan jumlah pelanggan juga terkawal.

“Tahun lepas banyak sekatan, tak boleh berniaga dan banyak prosedur jadi untuk mengambil stok di Pahang mengalami sedikit kesukaran selain kami banyak menumpukan jualan secara dalam talian.

“Pada tahun ini, kami sebolehnya mengelak pembeli beratur panjang atau bersesak bagi mengelak pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Katanya, dia tidak meletakkan sasaran tinggi jualan untuk Aidiladha pada tahun ini dengan mengurangkan jumlah daripada lima ekor kepada tiga ekor lembu.

Sementara itu, suri rumah Awin Rashid, 47, berkata dia tidak bercadang membeli dalam kuantiti daging yang banyak seperti hari raya sebelum ini.

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini sedikit suram dengan jumlah tempahan kambing dan biri-biri semakin berkurangan.

Pembekal kambing, Osman Goat Farm (OGF) yang berpengkalan di Johor Bahru misalnya hanya menerima tempahan sebanyak 950 ekor, berbanding 1,500 ekor pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Osman Cheya Kutty, 52, berkata, sebelum pandemik Covid-19, jumlah tempahan yang diterimanya antara 2,000 ke 3,000 ekor kambing dan biri-biri untuk digunakan sebagai korban.

“Tempahan yang diterima memang tidak semeriah seperti dahulu. Jika dahulu, memang meriah tetapi dengan keadaan sekarang pastinya berbeza.

“Jumlah ini sebenarnya sangat kurang kerana kami utamakan pelaksanaan korban wajib dan korban nazar sahaja seperti yang digariskan oleh Jabatan Agama Islam Johor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor.

“Pembelian dalam kuantiti yang besar seperti 20 hingga 30 ekor juga kami terpaksa tolak untuk memberi laluan kepada korban wajib dan korban nazar,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Osman, OGF mempunyai 3,000 ekor kambing yang kebanyakan bekalan kambing yang diperoleh adalah dari Australia dan hasil daripada pembiakan di ladang OGF.

Antara baka kambing dan biri-biri yang disediakan ialah kambing tempatan, Boer, biri-biri Damara (kibas), Doper, Merino dan Santa Ines (hasil ternakan OGF) yang berharga antara RM950 hingga RM1,800 mengikut saiz.

“Sebagai persediaan bagi pelaksanaan ibadah korban, OGF yang diberikan kebenaran untuk melaksanakan program korban terpaksa mengehadkan kepada 20 orang pekerja sahaja dalam kawasan rumah sembelih pada satu-satu masa.

“Kita melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat berbanding tahun lepas dan ia berdasarkan kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semasa pelaksanaan korban nanti, kami akan hadkan satu resit hanya seorang sahaja wakil yang diminta untuk hadir pada hari tersebut.

“Berbekalkan pengalaman tahun lepas, SOP yang kami laksanakan ini sangat membantu bukan sahaja untuk mengawal kesesakan tapi memudahkan proses menyembelihan,” ujarnya.

 

ALOR SETAR – Jualan kuih raya didakwa masih berlambak di Kompleks Pekan Rabu di sini yang menjadi lokasi ikon ketika musim perayaan walaupun Hari Raya Aidiladha bakal menjelang esok.

Tinjauan Sinar Harian mendapati suasana di kompleks perniagaan terkenal di Kedah itu agak lengang tanpa kehadiran pengunjung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lazimnya, Kompleks Pekan Rabu menjadi tumpuan orang awam untuk mendapatkan kelengkapan perayaan seperti kuih raya, serunding, baulu dan pakaian, namun kini berubah wajah apabila keadaan agak suram.

Peniaga, Yunus Hamid, 62, berkata, pelanggan amat kurang meskipun Hari Raya Aidiladha disambut esok dan kedai makanan di kompleks perniagaan berkenaan mula beroperasi semula sejak seminggu lepas.

“Jadi, saya nak dapat sehari sekupang (10 sen) pun payah memandangkan ada hari tiada pelanggan langsung berkunjung ke kedai.

“Untuk kami, sekiranya meraih hasil jualan aneka kuih raya dan tradisional sebanyak RM100 ketika ini dikira sangat banyak,” katanya yang dibantu anak perempuannya, Nurul Husna, 28, di Kompleks Pekan Rabu di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Pekan Rabu, Ridhuwan Mustafa berkata, tidak sampai 30 peratus peniaga yang menjalankan perniagaan di kompleks beli-belah itu seperti biasa ketika ini.

Ketupat tak laku, daging korban tak laris


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Caprice Mengaku Bersalah Terlalu Emosi Dan Mohon Maaf Bukan Hanya Ebit Lew

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker