Lebih 150 bola boling tahun 1950-an ditemukan

Sebaran :

Lebih 150 bola boling tahun 1950-an ditemukan. Seorang pemilik rumah dekat sini menemukan ‘satu kejutan’ luar biasa ketika mengubah suai kediamannya.

CNN melaporkan, David Olson, 33, berkata, dia terjumpa lebih 150 bola boling sewaktu merobohkan serpihan konkrit beranda di rumahnya di Norton Shores.

“Ketika itu saya nampak timbunan pasir dan menemukan bola boling tertanam di dalamnya,” katanya.

Olson kemudiannya menggali lebih dalam dan menyedari bukan satu malah beratus-ratus bola boling dan tidak tahu bagaimana bola tersebut boleh berada di situ.



Dia kemudiannya menghubungi pembuat bola boling, Brunswick Bowling Products bagi mengesahkan penemuan berkenaan.

Katanya, Brunswick memberitahu bola-bola berkenaan memiliki nombor siri bertarikh 1950-an.

Dia dan isterinya merancang untuk menjadikan bola tersebut sebagai dekorasi rumah.

Lebih 150 bola boling tahun 1950-an ditemukan

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Political genius atau Pak Pandir moden


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.