Deretan motosikal dan skuter terbakar hadapan Suria KLCC sebentar tadi [VIDEO]

Antara motosikal yang musnah dalam kebakaran di Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, petang tadi. -Ihsan JBPMKL

KUALA LUMPUR – Orang awam yang berada sekitar Suria KLCC, Jalan Ampang, di sini gempar apabila melihat deretan motosikal yang diletakkan di hadapan pusat beli belah itu terbakar.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.46 petang tadi.

Katanya, seramai 15 anggota lain-lain pangkat beserta 3 biji jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadamkan kebakaran.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik.



“Setelah diteliti, sembilan buah motosikal musnah sepenuhnya manakala , tiga buah lagi terbakar dua peratus sahaja diikuti , satu lagi terbakar 20 peratus.

“Turut sama, empat buah skuter elektrik yang berada di lokasi kejadian musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, tiada mangsa yang terlibat insiden tersebut dan operasi pemadaman mengunakan teknik offensive dan defensive dilakukan.

Tambah kenyataan itu, api dapat dikawal pada pukul 4.04 petang dan punca serta kerugian kebakaran masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek



Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker