Akhirnya Dapat Durian Runtuh, Menteri Bantu Lelaki Yang Tularkan Jual Durian RM500 Sebiji

Akhirnya Dapat Durian Runtuh, Menteri Bantu Lelaki Yang Tularkan Jual Durian RM500 Sebiji

Seorang lelaki terkejut apabila durian kampung yang dijualnya sehingga RM500 sebiji mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan petang tadi.

Menerusi laman Facebook, Wan Mahussin Wan Zain memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualan bersama menteri itu di aplikasi WhatsApp yang berminat untuk membeli raja buah tersebut.

“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.

“Saya jawab yang saya dah makan dan tanya tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak rupa-rupanya YB Datuk Seri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.

“Beliau minta nombor akaun dan sumbang untuk menampung kos… Rezeki saya hari ini,” tulis Wan Mahussin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan berkongsi sebuah video di group ‘Berkebun D Rumah’ sehingga tular di media sosial dengan menjelaskan bahawa durian itu ‘mahal’ kerana ia tidak jatuh di atas tanah.

Berikutan itu, rata-rata netizen pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut. Ada yang mengusik, malah ada juga mendoakan supaya lelaki tersebut menerima rezeki yang lebih baik.

Namun siapa sangka selepas menjadi tular, terdapat insan yang bermurah hati untuk membantu walaupun durian itu telah dimakan oleh pemiliknya.

Sumber: Facebook Wan Mahussin Wan Zain & group Berkebun D Rumah

Akhirnya Dapat Durian Runtuh, Menteri Bantu Lelaki Yang Tularkan Jual Durian RM500 Sebiji


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]

‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker