Pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid-19

Pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid-19 . Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini kerana pandemik Covid-19.

Menurut laporan Awani, walaupun proses demokrasi itu satu-satunya cara untuk menyelesaikan gangguan politik ketika ini, namun beliau mengakui kepentingan negara dan rakyat perlu diutamakan.

“Apabila pilihan raya diadakan dan pemenang ditentukan, selesai segala cerita.

“Cuma masalahnya buat masa ini, pilihan raya tidak boleh dilakukan.

Jelasnya, pilihan raya hanya boleh dipertimbang apabila imunisasi kelompok mencapai sasaran 80 peratus.

“Perdana Menteri memang berhasrat untuk adakah pilihan raya. Tetapi kerajaan tidak boleh bubar kerana pandemik ini.

“Kalau nak adakan pilihan raya juga, biarlah apabila sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat telah terima suntikan vaksin,” katanya.

Tegas beliau, menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemerintah adalah langkah yang paling ideal. – Awani

Pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid-19

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis sahkan ‘Surat Azmin’ kini tidak laku untuk rentas negeri

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker