Resepi Rendang Daging Padang Asli
Resepi Rendang Daging Padang Asli
Salah satu menu rendang bila tibanya Hari Lebaran. Aidil Adha dah dekat dah. Ada macam-macam cara masak rendang daging ni. Kali ini kita cuba masak rendang style Padang, Indonesia pulak.
Rasanya memang best dan kena pulak dengan ketupat atau lemang, memang tak terkata nikmat dia.
Jangan buang masa lagi jom tengok resepi di bawah ini dan cuba buat untuk pagi raya nanti.
BAHAN
1 kilo daging lembu(dipotong)
1 batang serai(dikatok)
2 helai Daun salam
1 helai daun kunyit(Di potong besar)
6 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik(tambahan)
½ cawan minyak masak
Santan fresh 800 ml @ coconut milk 800ml
(Sebaik baiknya mengunakan santan fresh)
BAHAN KISAR (A)
15-20 batang Cili kering(Direbus dahulu)
12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Lengkuas(sebesar ibu jari)
Halia(sebesar ibu jari)
2cm Kunyit hidup(tambahan)
buah keras 5 biji
BAHAN KISAR (B) REMPAH
1 batang kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
3 Biji buah pelaga
2 kuntum Bunga cengkih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil lada hitam
1 biji nutmeg@buah pal
(Sangai kesemua bahan rempah Tampa minyak 3-4 minit Dan kisar sehingga halus tanpa mengunakan air)
P/s=kalau mahu lebih sedap,Sangaikan kelapa parut 8 sudu besar sehingga kering Dan berwarna coklat2 Dan kisarkan sehingga halus,masukkan semasa Tumis BAHAN (A) tengah masak.jika mengunakan ini,tidak perlu Guna kerisik
CARA MEMASAK
1)Panaskan minyak,masukkan BAHAN KISAR(A),daun kunyit,serai,daun limau purut Dan daun salam.Mengunakan API Yang Sederhana serta masak sehingga pekat Dan mengeluarkan sedikit minyak.
2)kemudian,masukkan daging Lembu,Dan masak sehingga sedikit pucat(mase nih kena perlahankan API Dan Terus kacau supaya tidak hangus.
3) masukkan santan,lebihan rempah tadi Dan kerisik.gaul rata Dan biarkan ianya masak sehingga empuk(sambil Terus kacau,Dan balik2kan daging.
4)sebaiknya masakan rendang lebih lama dengan mengunakan API perlahan,supaya minyak santan Dan warna cili Akan mengeluarkan warna minyak Yang cantik.
5)apabila Sudah kering,perasakan dengan gula,garam Dan serbuk perasa.dan tutup api
Resepi Nurul Ateekah
Resepi Rendang Daging Padang Asli
Baca Artikel Menarik :
- Malaysia paling teruk dibadai Covid-19 di Asia Tenggara
- Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika – Salahuddin
- Puad Zarkashi kata UMNO perlu tegas pendirian pedulikan pemimpin ‘songsang’
- Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice [VIDEO]
- Diugut Sebar Video Dan Gambar Lucah, Lelaki Kerugian RM10,000
- Resepi nutella cheese tart memang sedap