Resepi kek kukus prune sedap moist

Resepi kek kukus prune sedap

Penggemar kek kukus rugi kalau tak cuba resipi ini. Resipi kek kukus prune ini memang sedap dan mudah disediakan. Makan sekali pasti nak lagi. Berbaloi cuba.

BAHAN:

250 gm mentega
80 gm gula kastor
6 biji telur
¼ sudu kecil perisa vanila
50 gm kaya
130 gm susu pekat
30 gm horlick
30 gm susu tepung – ayak
150 gm tepung gandum – ayak
250 gm buah prune secukupnya
Pewarna merah, hijau & kuning secukupnya

CARA

1.Putar mentega dan gula kastor sehingga berkrim. Masukkan telur dan perisa vanila.

2.Masukkan kaya dan susu pekat. Satukan horlick, susu tepung dan tepung gandum dan tuangkan ke dalam bancuhan. Adun hingga sebati.

3.Bahagi adunan kepada 5 bahagian ( 2 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning, 2 bahagian diwarnakan dengan warna hijau dan 1 bahagian diwarnakan warna merah.)

4.Tuangkan adunan kuning ke dalam loyang 7 inci x 7 inci yang dilapik dengan kertas tahan bakar dan taburkan prune. Kukus selama 10 minit dan angkat.

5.Tuangkan pula adunan warna merah dan taburkan prune di atasnya. Kukus semula 10 minit lagi. Ulangi langkah ini untuk warna yang lain sehingga siap. Bahagian akhir sekali dikukus selama 15 minit.

TIP:

*Enak dinikmati kek ini selepas sehari dikukus kerana ia akan lebih lembap.

Resepi oleh Chef Asma Nordin

Resepi kek kukus prune sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi : Biskut Arab 3 Warna

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker