Figura Badut Curi Tumpuan Menceriakan Orang Ramai Di PPV UKM [VIDEO]

Figura Badut Curi Tumpuan Menceriakan Orang Ramai Di PPV UKM

Figura badut mencuri tumpuan di PPV Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Dalam satu hantaran video berdurasi 10 saat di Facebook Clownbadutmagic Uncle Belon, kelihatan seorang individu mengenakan persalinan lengkap pakaian badut ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 sambil menghiburkan petugas barisan hadapan.

Individu tersebut merupakan Mohd Rizal Yusoff, 45, yang sebelum ini merupakan badut sepenuh masa namun kini bekerja sebagai perunding takaful dan Amanah Saham selepas bisnesnya terkesan akibat penularan COVID-19.

Mohd Rizal yang berasal dari Shah Alam itu berkata, idea tersebut sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan semula bisnes badut yang mungkin dilupakan kerana sudah lama tiada majlis keramaian atau parti diadakan.

“Seperti saya sendiri memang terkesan kerana sebelum ini boleh menjana pendapatan empat angka seminggu namun disebabkan pandemik COVID-19, pendapatan bukannya berkurangan tetapi tiada langsung.

“Jadi sekurang-kurangnya bila saya berpakaian sebegini dan kalau tular ia mungkin dapat bantu kawan-kawan badut di luar sana selepas ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, dia berharap dengan mengenakan persalinan tersebut dapat membantu menceriakan petugas barisan hadapan di PPV berkenaan.

“Setiap hari mereka tengok orang yang sama mesti bosan jadi saya ingin bawa kelainan dengan berpakaian lain dari orang lain.

“Saya harap dengan berpakaian seperti ini dapat menambah ‘mood’ dan menggembirakan petugas barisan hadapan dalam membantu memberikan vaksin COVID-19,” katanya.-SH

Figura Badut Curi Tumpuan Menceriakan Orang Ramai Di PPV UKM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Banjir Jerman: 110 disahkan maut, 1,300 hilang [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker