Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas

Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas

BIRMINGHAM: Seorang wanita di Alabama, Lisa Daugherty didakwa mencuri wang tunai AS$8 juta (RM33.68 juta) dan mengambil hartanah bernilai AS$1 juta (RM4.21 juta) daripada seorang warga emas di sebuah pusat jagaan untuk golongan itu baru-baru ini.

Daughherty, 54, ditangkap pada Rabu lalu berhubung dua dakwaan melakukan eksploitasi kewangan ke atas warga emas di tempatnya bekerja iaitu di Oak Landing Assisted Living di Attalla, Albama.

Dia melakukan perbuatan itu dengan mendapatkan kebenaran daripada peguam warga emas berkenaan di pusat jagaan itu.

Menurut dokumen mahkamah, Daugherty mendapat kebenaran daripada peguam warga emas tersebut untuk memindahkan aset-aset miliknya ke pusat jagaan berkenaan.

Dia kemudian mula memindahkan aset-aset mangsa kepada dirinya sendiri pada Januari 2017.

Melalui transaksi wang tunai berjuta-juta dolar itu, dia membeli sebuah rumah, pelbagai lokasi kediaman percutian dan kereta, kata pihak berkuasa.

Wanita itu juga menggunakan wang tunai tersebut untuk perbelanjaan hariannya.

Daugherty juga didakwa menggelapkan wang Sekuriti Keselamatan milik mangsa.

Menurut portal berita CBS 42, dia boleh dihukum sehingga 20 tahun dan denda AS$30,000 (RM126,285) jika sabit kesalahan-SH

Sumber: New York Post

Wanita curi wang tunai RM33.68 juta milik warga emas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker