Tabung Haji sebagai Institusi Kepercayaan Nasional

Sebaran :

Saya terus risau dengan masa depan Tabung Haji. Adakah dengan meletakkan ia di bawah Bank Negara solusi terbaik untuk mengukuhkan Tabung Haji?

Selama puluhan tahun, Kerajaan BN telah berjaya memperkasakan TH. Ia adalah agensi pengurusan jemaah haji terbaik di dunia dan institusi pelaburan umat Islam yang canggih dan mampan.

Kerajaan BN telah dengan jayanya menterjemahkan idea besar Almarhum Profesor Di Raja Ungku Aziz, pendiri dan pengasas Tabung Haji.

Kepelbagaian pelaburan TH telah menjadikan ia lebih besar dan lebih hebat dari hanya “satu tabungan yang bebas daripada unsur riba dalam membantu umat Islam menunaikan fardu haji”.



Melaluinya, jutaan umat Islam menikmati kos haji yang terendah di dunia, tidak membebankan dan dengan perkhidmatan haji yang terbaik.

Saya bimbang dengan meletakkan TH di bawah Bank Negara, maka ia akan diperlakukan sebagai sebuah agensi kewangan dan tabungan semata-mata.

Ia akan hilang potensinya sebagai sebuah dana amanah dengan misi yang lebih besar dan mulia, iaitu pemerdayaan ummah.
TH adalah dana mahsul yang sangat strategik kepada kepentingan umat Islam di negara ini.

Justeru, saya menyeru agar Tabung Haji di jadikan sebuah ‘National Trust’ atau ‘Institusi Kepercayaan Nasional’ yang ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah.



Serahkan pentadbirannya kepada Lembaga Pemegang Amanah yang dianggotai oleh individu paling dihormati dan berwibawa, termasuk jika perlu tokoh antarabangsa.

Masalah Tabung Haji bukan lagi kawal selia. Masalah sebenar Tabung Haji ialah kepimpinan terbaik, amanah dan kompeten.

Dan masa depan Tabung Haji bukan pada meletakkan ia di bawah Bank Negara.
Masa depannya ialah pada kepimpinan yang boleh membongkar potensinya sebagai dana amanah dan pemberdayaan paling produktif untuk ummah.

Saya mengajak umat Islam menyatakan pendirian tegas agar, Kerajaan mengembalikam TH ke peranan strategiknya semula , selaras dengan semangat penubuhan Tabung Haji itu sendiri , Insha Allah..



Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan

 

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *