MPN akan gagal jika libatkan kerajaan gagal

MPN akan gagal jika libatkat kerajaan gagal

Majlis Pemulihan Negara (MPN) hanya akan berjaya sekiranya tidak melibatkan “kerajaan gagal”, kata Pejuang.

Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata, majlis yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin itu berbeza dengan apa yang dicadang oleh Dr Mahathir Mohamad dan parti itu pada asalnya.

“Cadangan asal Dr Mahathir mengenai majlis ini adalah bagi mengatasi masalah Covid-19 yang tidak dapat diatasi dan diuruskan oleh kerajaan gagal ini.

“Cadangan asal adalah majlis ini diberi kuasa autonomi menggantikan kuasa eksekutif Kabinet dan bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong serta mendapat pandangan/cadangan dari Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, apabila Muhyiddin dinamakan sebagai pengerusi MPN yang diumumkan oleh kerajaan, tujuan asal cadangan itu menjadi tidak lagi relevan.

“Tindakan Muhyiddin ini sekadar mahu mengelirukan orang ramai dan tidak sama sekali membawa roh dan aspirasi MPN yang asalnya dicadang oleh Dr Mahathir.

“Bagaimana rakyat boleh berharap satu perubahan besar akan berlaku sekiranya pemimpin yang terbukti gagal seperti Muhyiddin mengepalai MPN.”

Ujarnya, kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal mengawal penularan wabak Covid-19 meskipun memperoleh banyak kelebihan dalam pentadbiran termasuk mendapat kelulusan Bajet Nasional yang terbesar dalam sejarah negara.

“Melancarkan pelbagai pendekatan bagi menangani penularan Covid-19, malah telah menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat supaya kerajaan ini (Perikatan Nasional) dapat bebas membuat sesuka hati tanpa diganggu oleh Parlimen dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. FMT

MPN akan gagal jika libatkat kerajaan gagal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker