Dapat notis, saya bayar – MB Kedah

Dapat notis, saya bayar’, MB Kedah masih tunggu notis kompaun langgar SOP

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau masih menunggu notis kompaun yang dikeluarkan ke atasnya kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika memandu uji kenderaan di Juru Auto City, Pulau Pinang, bulan lalu.

Selepas menerima notis, barulah beliau akan membayar kompaun, katanya.

“Saya tunggulah (notis kompaun), saya tunggu. Dah dapat notis saya pi (pergi) bayar,” katanya di Langkawi hari ini, menurut laporan Utusan.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya sudah menerima arahan dan akan mengeluarkan kompaun ke atas Sanusi dalam masa terdekat, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah kompaun berkenaan tidak didedahkan seperti kelaziman dalam kes berprofil tinggi, dan terpulang kepada seseorang pesalah sama ada mahu menerimanya atau mempertikaikan kompaun itu di mahkamah.

Terdahulu pada 5 Jun, seorang wanita mendakwa di Facebook bahawa beliau melihat Sanusi dan dua pegawainya memandu uji sebuah pikap bernilai RM211,000 di Juru Auto City, disertai gambar dan video sebagai bukti.

Sanusi bagaimanapun menafikan berbuat demikian, sebaliknya berkata, beliau hanya duduk di sebelah jurujual yang memandu.

Katanya, ia berlaku secara kebetulan ketika beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat.

Beliau berhenti untuk membeli “roti dan air” di sebuah kedai dan ternampak bilik pameran kereta Ford terletak bersebelahan sebelum berbual dengan jurujualnya.

Sanusi kemudiannya menerima tawaran jurujual untuk menaiki kereta terbabit di sekitar kawasan sebelum bergerak ke Kuala Lumpur. FMT

Dapat notis, saya bayar – MB Kedah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker