Duduk Rumah Tapi Jarang Mandi…Jangan Biarkan Tubuh Anda Tanggung Kesannya

Duduk Rumah Tapi Jarang Mandi…Jangan Biarkan Tubuh Anda Tanggung Kesannya

CUACA sejuk, bermalas-malasan di rumah akibat pandemik antara alasan membuatkan ramai daripada kita cari alasan untuk tidak mandi dan lebih sanggup membiarkan badan berbau.

Padahal mandi bukan sahaja membersihkan badan tetapi sebenarnya memainkan peranan bagi kesihatan tubuh dan tabiat jarang mandi sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai masalah

Ini termasuk tubuh akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan, rambut berminyak selain kulit wajah boleh tumbuh jerawat pada jaringan epidermis (lapisan kulit paling luar).

Tidak perlu tunggu lama, cukup seseorang tidak mandi selama dua hari, mereka akan melihatkan kesan itu pada tubuh mereka.

Sebab itu, sejurus bangun tidur kita perlu mandi. Ia akan membuatkan tubuh berasa selesa dan bersih. Meskipun tidak keluar rumah, jadikan mandi setiap satu kebiasaan.

Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Sebenarnya ada di antara bakteria ini baik untuk tubuh kerana ia mampu menghancurkan mikroorganisme jahat yang menempel pada tubuh manusia.

Tetapi tabiat jarang mandi juga boleh menyebabkan masalah bakteria pada tubuh dan sekurang-kurangnya terdapat 1,000 jenis bakteria dan 40 kulat yang hidup di atas kulit kita.

Apabila kita tidak mandi, maka kita sendiri yang membuka ruang kepada bakteria untuk membiak.

Oleh sebab itu, mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari dan cuci muka serta menggosok gigi sebelum tidur.

Rutin mencuci rambut juga sangat penting sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi memastikan kulit kepala tidak berminyak atau mengakibatkan masalah lain seperti kelemumur.

Duduk Rumah Tapi Jarang Mandi…Jangan Biarkan Tubuh Anda Tanggung Kesannya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Mantap! Mantap!”- Askar Pengaman Ireland Puji Abis Berkali-Kali Keenakan Rasa Nasi Lemak [VIDEO]

Cute Pulak Monyet Ini Bersantai dan Mandi Ramai-ramai Dalam Kolam, “…SPA Day”! [Video]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker