Butik Pengantin tinggal ‘Nyawa-nyawa Ikan’
Butik Pengantin tinggal ‘Nyawa-nyawa Ikan’. Lebih 80 peratus perniagaan butik perkahwinan kini tinggal nyawa-nyawa ikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu.
Majoriti pengusaha tidak nampak jalan keluar untuk meneruskan perniagaan, malah terpaksa memilih untuk menggulung perniagaan dan menceburi bidang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) Zarinah Mohideen berkata, rata-rata ahlinya yang berjumlah lebih 1,000 orang cuma dapat bertahan sehingga September ini atau selewat-lewat Oktober.
Beliau turut menganggarkan pengusaha yang akan gulung tikar meningkat kepada 70 peratus berbanding 50 peratus ketika PKP 2.0.
“Ada pengusaha mengambil keputusan untuk mencairkan aset seperti khemah, periuk, barang dekorasi pelamin, meja dan sebagainya bagi menampung kelangsungan hidup mereka. Malah ada yang menggunakan simpanan.
“Tidak kurang juga ada pengusaha mengambil keputusan untuk membuat jualan langsung dengan menjual makanan di depan rumah dan secara dalam talian.
“Sehubungan itu, kami berharap agar kerajaan mempercepatkan proses dan program pelaksanaan vaksinasi agar industri kami dapat dibuka di samping dapat menjalani kehidupan seperti sediakala,” katanya di sini.
Dalam pada itu, President Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia, Rosnawati Salleh berkata, 80 peratus daripada 400 ahlinya terjejas akibat pandemik itu sejak tahun lalu.
“Ada ahli yang dahulunya mempunyai enam butik, kini, tinggal dua dan jika keadaan berterusan sehingga hujung tahun ini, ahli tersebut akan menjual baki tersebut. Selain itu, ada ahli kami yang menternak itik dan cuba menjual telur di pasaran namun gagal.
“Persatuan kami ada membeli telur berkenaan dan memberikannya kepada ahli serta 175 penduduk di Projek Perumahan Awam (PPA) Desa Rejang, Setapak baru-baru ini. Dalam masa yang sama kami turut menyampaikan bakul makanan serta kewangan kepada ahli yang terkesan,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, pemilik butik Elly Collections di Bagan Datok, Perak, Lim Ai Lee berkata, PKP berterusan sejak tahun lalu menjejaskan perniagaannya yang memiliki dua cawangan di Simpang Empat, Hutan Melintang dan Sungai Haji Mohamad, Selekoh dekat sini.
Katanya, disebabkan tidak boleh beroperasi, dia mengalami kerugian besar.
“Kerana PKP, saya bukan sahaja tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa tetapi urusan lain seperti menambah koleksi pakaian pengantin juga tidak dapat dibuat kerana sekatan perjalanan antara negeri.
“Sekarang pakaian pengantin hanya tersimpan di butik tanpa dapat disewakan seperti biasa. Saya berharap kerajaan melihat keadaan kami di sektor butik pakaian pengantin yang masih ternanti-nantikan pengumuman untuk beroperasi semula,” katanya.
Menurutnya, para pelanggannya terdiri kaum Melayu, Cina dan India yang kesemuanya terpaksa membatalkan tempahan kerana penangguhan majlis perkahwinan
Butik Pengantin tinggal ‘Nyawa-nyawa Ikan’
Baca Artikel Menarik :
- Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19
- Ekonomi Malaysia tidak bergerak sekiranya kelas bawahan masih ramai
- Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo
- Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO]
- NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH [VIDEO]
- Resepi Mee Sizzling
Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
You must be logged in to post a comment.