Peningkatan kes buat satu negara buntu

Peningkatan kes buat satu negara buntu. Peningkatan kes Co­vid-19 dengan 13,215 kes, se­malam sekali gus memecah rekod ter­tinggi sejak pandemik me­landa setelah pelbagai langkah diambil seperti pengisytiharan darurat dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan me­nyeluruh atau total lockdown menyebabkan rakyat di seluruh negara buntu.

Peningkatan jangkitan ha­rian kini membingungkan rakyat yang sudah melalui tempoh ‘berkurung’ sejak lebih enam bulan lalu menerusi Proklamasi Darurat selain terpaksa melalui sekatan pergerakan penuh dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebelum ini Kementerian Ke­si­hatan pernah mengunjurkan kes boleh melonjak ke paras 13,000 jika total lockdown tidak dilaksanakan mulai 1 Jun lalu.



Perkara itu diulang sekali lagi Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin bahawa keputu­san melaksanakan PKP me­nye­luruh itu demi mengelak pe­ningkatan kes ba­ha­ru secara mendadak dan boleh mencecah lebih 13,000 kes pada 15 Jun lalu atau sistem kesihatan runtuh.

Ini diikuti dengan pelaksa­naan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur mulai 3 Julai lalu.

Status PKPD di lapan daerah, 34 mukim di Selangor itu masih menjadi tanda tanya manakala sembilan daripada 14 lokaliti di Kuala Lumpur iaitu PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas ditamatkan.

Rakyat penat dan kecewa walaupun ‘dikurung’ semula sejak PKP 2.0 dilaksanakan awal tahun ini, di samping pelaksanaan darurat bagi menguruskan pandemik Covid-19, namun kes semakin meningkat.



Mereka meluahkan kecewa di laman sosial sambil mempersoalkan tindakan kerajaan melaporkan data se­tiap hari tetapi tidak menyatakan apa yang mahu dilaksanakan segera.

Memetik reaksi netizen, Kenny Wong yang bertanya: “Mengapa kerajaan terlalu bergantung kepada vaksin, adakah ia mampu memberikan 100 peratus imuniti kepada semua jenis varian, Fikirkanlah, jangan hanya laporkan statistik setiap hari.”

Perasaan kecewa dengan bilangan kes Covid-19 yang terus meningkat turut memberi kesan kepada penyanyi tanah air, Daiyan Trisha yang menggubah sebuah lagu yang sesuai dengan keadaan semasa berjudul ‘Penat’.

Mengulas perkembangan kes semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar khas memberitahu, berdasarkan pecahan kes harian, sebanyak 8,047 kes (60.9 peratus) adalah kategori satu tidak bergejala manakala sebanyak 4,637 kes (35.1 peratus) kategori dua bergejala ringan.



Selebihnya sebanyak 531 kes (4.0 peratus) adalah kategori tiga hingga kategori lima, sekali gus menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif Covid-19 yang dilaporkan adalah daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Kategori tiga ini mengalami jangkitan paru-paru, kategori empat pula memerlukan bantuan pernafasan dan kategori lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, trend peningkatan kes positif Covid-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara jiran seperti Indonesia juga mencatatkan 56,757 kes positif semalam, manakala Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 kes positif.

Katanya, negara-negara Eropah turut bergelut dengan peningkatan kes seperti United Kingdom yang mencatatkan sebanyak 42,302 kes dan Rusia yang mencatatkan 25,293 kes.



Sementara itu, bercakap kepada Utusan Malaysia, Presi­den Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPPK), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar menjangkakan kes positif baharu Covid-19 akan terus meningkat berdasarkan beberapa faktor dan keadaan semasa seperti saringan ujian Covid-19, kesesakan hospital dan bilangan kematian. – UTUSAN

Peningkatan kes buat satu negara buntu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rafidah tanya 6 soalan kepada kerajaan



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker