Tujuh suspek kes bertumbuk direman tiga hari

Tujuh suspek kes bertumbuk direman tiga hari

KOTA BHARU – Tujuh individu termasuk tiga wanita direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang buruh dipukul beramai-­ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini kelmarin.

Perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 46 tahun itu ditahan reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Ke­seksaan kerana merusuh.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, membunyikan hon dan saling ejek-mengejek dipercayai menjadi punca seorang buruh dipukul beramai-­ramai dalam kejadian itu kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun sedang berjalan kaki pulang dari tempat kerjanya di Lundang di sini.

Lelaki itu didatangi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki dan tiga orang penumpang wanita yang membunyikan hon terhadapnya apabila tiba di lokasi tersebut.

Berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek antara mereka sebelum mangsa dipercayai telah menendang bahagian depan kereta suspek.

Insiden itu menyebabkan mangsa dibelasah orang pemandu MPV jenis Perodua Alza, penumpang wanita dan beberapa individu yang berada di lokasi kejadian. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tujuh suspek kes bertumbuk direman tiga hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker