Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
Tanah kubur abang aku masih merah lagi! – Adik Benjy diserang pelakon wanita
Adik kepada pelakon berbakat besar, Allahyarham Benjy mendedahkan diserang individu menggunakan akaun Instagram nama seorang pelakon wanita yang menuduhnya dia dan keluarga tidak mempedulikan Benjy ketika menjalani hukuman penjara.
Dalam perkongsian di Instagram, Inessa Irdayanty berkata, individu tersebut melemparkan fitnah dan dakwaan yang tidak boleh diterima akal tanpa mengenali serta mengetahui cerita sebenar yang berlaku.
“Aku tak pasti ini adalah akaun rasmi atau palsu tetapi, excuse me. Saya tak habis menangis lagi, tanah kubur abang masih merah lagi. Kau boleh tanya aku benda-benda macam ini? Kau cari pasal. Aku tengah kerja, dapat pesanan ini. Mula nak abaikan tapi bila kau petik nama kakak dan mak aku, kau cari pasal.
“Di profile tulis takziah lah, you’re my idol apa bagai lepas itu dekat aku, tergamak tulis macam itu. Kau tahu ke berapa banyak (RM) kakak aku bagi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu ke kakak aku sampai tujuh pekerjaan dalam satu masa. Masuk hospital banyak kali sampai kena suruh berhenti kerja sebab dia nak bagi duit ke abang aku?
“Kau tahu ke barapa kali kakak aku nak bunuh diri sebab tertekan jaga abang aku? Kau tahu ke abang aku pernah hampir meninggal dunia masa di Kuala Lumpur? Aku dan suami aku yang tolong dia sihat semua sampai boleh hidup normal!” tulis Inessa marah.
Individu yang menggunakan akaun nama pelakon wanita itu dalam direct message (DM) ke Inessa menuduh dia dan keluarga mengabaikan keperluan Allahyarham Benjy sehingga saat dia meninggal dunia.
Malah, individu itu turut memetik nama ibu kepada pelakon lelaki itu, Allahyarham Azean Irdawaty yang pasti bersedih jika mengetahui perbuatan anak-anaknya kepada Benjy.
Terus menjawab DM tersebut, Inessa turut mendedahkan Benjy beberapa kali meminta maaf di atas apa yang berlaku dan dia sendiri juga berkali-kali pernah memohon keampunan daripada abangnya kerana tidak mampu membantu lebih.
“Kau cakap ‘jika mak aku tahu perbuatan kami’. Percayalah, jika mak aku baca DM kau, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah! Kau tak tahu apa-apa.” katanya.
Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim meninggal dunia disebabkan asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia ketika menjalani hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu. Utusan
Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
Baca Artikel Menarik :
- Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai
- Lakukan Gencatan Politik, Tumpu Kepada Rakyat – TMJ
- Saya tak ada masalah dengan presiden – Tajuddin
- Musang king dah kena tebang, ‘rasuah king’ bila lagi?
- Minta maaf, tak boleh beri kenyataan – Fiza
- Resepi Mee Sup Siam Wajib Cuba
Tergamak bayar saya RM150 – Jalil Hamid