48 penumpang kapal persiaran terbesar di dunia positif Covid-19

 

Kapal persiaran Symphony of the Seas Royal Caribbean tiba di Miami pada 2018. – Royal Caribbean

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 48 penumpang dan anak kapal persiaran terbesar di dunia, Royal Caribbean Symphony of the Seas didapati positif Covid-19 dan telah dikuarantin, lapor agensi berita United Press International semalam.

Sebanyak 98 peratus daripada mereka yang didapati positif itu bagaimanapun telah lengkap divaksin.

Menurut Royal Caribbean, empat daripada 48 individu yang didapati positif itu merupakan kenalan rapat kepada enam penumpang yang turun lebih awal dalam pelayaran tersebut.



Kapal besar yang mempunyai kelab malam, pawagam dan lebih 30 restoran dan bar itu meninggalkan Miami pada 11 Disember lalu untuk perjalanan tujuh hari dan membuat beberapa perhentian, termasuk di kepulauan Caribbean, St. Maarten dan St. Thomas.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) berkata, ia mendapat tahu mengenai penularan wabak tersebut dan sedang bekerjasama dengan Royal Caribbean untuk mengumpul lebih banyak maklumat tentang kes itu.

Sementara itu, Royal Caribbean menjelaskan bahawa individu yang disahkan positif ketika pelayaran tersebut telah segera diasingkan untuk mengelakkan penularan jangkitan. – AGENSI

48 penumpang kapal persiaran terbesar di dunia positif Covid-19



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker