Naim Daniel Bidas Perayu Perlekeh Sumbangan

NAIM BIDAS PERAYU PERLEKEH SUMBANGAN

NAIM DANIEL BIDAS PERAYU PERLEKEH SUMBANGAN “PERLU BANTUAN MAKANAN UNTUK 20 PELACUR…” –

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menerusi laman Instagram telah memuat naik beberapa tangkap layar dan meluahkan rasa bengang apabila individu-individu terbabit sengaja memperlekehkan dan memperalatkan kemudahan yang dibangunkan untuk kemudahan golongan terjejas dan memerlukan bantuan.

“Perlukan bantuan makanan untuk 20 pelacur bawah saya… mereka lapar sampai sanggup jual c**** untuk RM10 sahaja,” tulis tangkap layar tersebut.

Selain itu, ada juga yang turut memohon bantuan untuk mendapatkan telefon pintar jenis iPhone 12 Pro Max menerusi laman web mencari bendera putih dan food bank secara maya.

“Anak saya teringin nak iPhone 12 Pro Max boleh tak?” tulis individu tersebut.

NAIM BIDAS PERAYU PERLEKEH SUMBANGAN

Dek kerana itu, Naim tampil membidas balik: “Ini. Minda begini yang beranak pinak dikala dunia sedang tenat. Rakyat sedang melarat. Janganlah, jangan buat main dengan kesusahan orang,” kata penyanyi lagu ‘Sumpah’ itu.

Hal itu telah menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang terkilan dengan sikap biadab pengguna berkenaan.

“Otak letak di lutut, bukan dekat kepala. – “Ada location dah tu, boleh singgah ‘ziarah’. – “Yang buat benda ni mesti ingat kelakar kan. – “Tak payah layan musibat macam ni, keep it up with the work work Naim,” itulah antara komen beberapa pengguna yang memberi reaksi terhadap hantaran Naim.

Untuk info, beberapa laman web telah dibangunkan untuk memudahkan pengguna mencari bendera putih dan food bank di kawasan sekitar iaitu Kita Jaga Kita, #BenderaPutih dan Sambal SOS.

NAIM DANIEL BIDAS PERAYU PERLEKEH SUMBANGAN


Baca Artikel Menarik :

Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai

Layari Laman Facebook MYKMU


Naim Daniel buka bank makanan, tuala wanita

Related Articles

One Comment

  1. Inilah sebenarnya metaliti rakyat Malaysia yang telah diasuh untuk mengharapkan bantuan sahaja tanpa usaha sendiri. Mereka meletakkan kesalahan kemalasan mereka atas kerajaan, kenapa kerajaan tak bagi mereka duit banyak-banyak. Walaupun PN dijatuhkan, sesiapa yang bakal menerajui kerajaan akan menghadapi sintom yang sama. Mentaliti rakyat kita agak teruk berbanding dengan Thailand, Vietnam, China, TAiwan, Korea dan Jepun. Mereka cukup patuh tanpa bantahan dan biasanya proses pemulihan akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Bukan maksud saya kesemua rakyat kita, sebahagian sahaja tetapi yang itulah yang ditonjolkan oleh media dan mendapat liputan meluas.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker