Naim Daniel buka bank makanan, tuala wanita

Naim Daniel buka bank makanan, tuala wanita

Tidak hanya lantang bersuara tentang kepincangan kepimpinan negara ketika ini seperti lockdown dan kesusahan rakyat, pelakon yang juga penyanyi terkenal, Naim Daniel tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menerusi InstaStorynya, pelantun lagu Sumpah itu berkongsi misinya hari ini membuka bank makanan atau ‘foodbank’ di stesen minyak Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor.

Naim terlebih dahulu meminta kebenaran daripada pihak pengurusan stesen minyak berkenaan untuk membuka bank makanan sebelum kemudian membeli barangan keperluan asas di sebuah pasar raya berhampiran.

“Hari ini ada misi beli barang dapur target dalam 10 beg. Petronas Taman Pelangi Semenyih bagi kebenaran buka bank makanan di situ. Jadi saya pergi beli barang untuk diletakkan di situ nanti,” katanya.

Antara barangan yang dibeli Naim ialah beras, mi segera, garam, gula, biskut, lampin pakai buang bayi, susu, sardin dan tepung.

Pada masa sama, Naim terbuka menerima cadangan daripada pengikutnya yang mengusulkan untuk menambah dua jenis barangan keperluan iaitu sabun basuh dan tuala wanita.

“Dapat idea daripada pengikut dalam Instagram untuk beli sabun basuh dan tuala wanita. Jadi kita dah tambah barang-barang ini dalam senarai. Terima kasih kerana beri cadangan,” ujarnya.

Sementara dalam sebuah video yang dimuat naiknya sebentar tadi, penyanyi berusia 24 tahun itu turut menguar-uarkan kepada penduduk berdekatan stesen minyak berkenaan untuk datang mengambil barang keperluan jika memerlukan.

“Saya ada sediakan sedikit sumbangan kepada keluarga yang memerlukan dan tinggal berdekatan Taman Pelangi Semenyih.

“Tak kira apa bangsa dan agama, sila datang ambil. Jangan malu dan segan. Ambil mana yang perlu untuk kelangsungan hidup semua. Insya-Allah, semoga Allah tolong anda semua,” ujarnya.

Tindakan terpuji Naim menerima pelbagai respons positif daripada rakan artis dan peminatnya yang mendoakan agar penyanyi itu sentiasa dimurahkan rezeki. K Online

Naim Daniel buka bank makanan, tuala wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerana Daiyan Trisha, ramai tak sabar divaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker