COVID-19: 33 kematian, Hospital terputus bekalan oksigen

COVID-19: 33 kematian dilaporkan, Hospital di Indonesia terputus bekalan oksigen

YOGYAKARTA: Puluhan kematian akibat COVID-19 dilaporkan selepas sebuah hospital awam di Pulau Jawa kehabisan bekalan cecair oksigen susulan peningkatan drastik kes di negara itu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 33 pesakit dengan simptom kritikal dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair okisgen diberikan di Hospital Awam Dr Sardjito di Yogyakarta pada Ahad.



Malah ia dilaporkan kerana bekalan oksigen yang dihantar oleh syarikat pembekalan tiba lambat.

Menurut jurucakap hospital, Banu Hermawan, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat.

Sejak Sabtu, 63 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di hospital tersebut.

Jumlah kematian kian meningkat walaupun pihak hospital sudah menggunakan tangki silinder oksigen bagi merawat pesakit kronik.



Bekalan oksigen kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad waktu tempatan selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.

Malah, dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menyegerakan bantuan.

Indonesia kini bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyaksikan sistem kesihatannya hampir lumpuh.-Awani

COVID-19: 33 kematian dilaporkan, Hospital di Indonesia terputus bekalan oksigen




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Berjam-jam Keluar, Rayu Untuk Bekalan Oksigen… Akhirnya Dapat Tahu Ibu Sudah Tiada



“Karipap Oksigen” – ZAHID HAMIDI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker