Berjam-jam Keluar, Rayu Untuk Bekalan Oksigen... Akhirnya Dapat Tahu Ibu Sudah Tiada — MYKMU.NET

Berjam-jam Keluar, Rayu Untuk Bekalan Oksigen… Akhirnya Dapat Tahu Ibu Sudah Tiada



Sebaran :

NEW DELHI: Shruti Saha telah menghabiskan masa berjam-jam di New Delhi untuk mencari dan mengisi semula tabung oksigen ketika dia diberitahu usahanya hanya sia-sia kerana ibunya telah meninggal dunia akibat COVID-19.

Gelombang kedua koronavirus di New Delhi menyaksikan hospital dibanjiri pesakit dan kekurangan bekalan oksigen menyebabkan ramai yang mula berputus asa dalam usaha membantu ahli keluarga yang sakit di rumah.

Tidak lama selepas itu, Saha mendapat panggilan dari rumahnya yang memaklumkan ibunya telah meninggal dunia.

Tangisannya mula kedengaran ketika dia hampir terduduk, dengan orang ramai cuba menenangkannya.



Silinder oksigen kosongnya ditinggalkan di tempat dia berdiri dalam barisan.

“Kami keluar dari rumah sejak jam 2 pagi. Tidak ada bekalan oksigen di Delhi.

“Akhirnya kami sampai di sini. Berkali-kali saya beritahu mereka keadaan ibu saya tenat…” katanya dalam esakan.



Delhi melaporkan satu kematian akibat COVID-19 setiap empat minit sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Hospital tidak lagi mempunyai ruang, justeru pesakit COVID-19 hanya berada di rumah dan cuba dirawat sendiri oleh ahli keluarga masing-masing.

“Selama dua hari kami cuba dapatkan katil di beberapa hospital. Bawa saya pulang sekarang,” kata Saha, sebelum dia dibawa pergi seorang lelaki.-Reuters




Sebaran :


Leave a Reply