[VIDEO] Bijak Tapi Kantoi Jugak..Influencer Ini Dikritik Hebat Sebab Lukis Mask Pada Muka Untuk Masuk Pasar Raya

Ketika seluruh dunia sibuk memerangi wabak coronavirus, masih ada segelintir yang menganggap isu itu satu gurauan, seperti tidak peduli untuk memakai pelitup muka.

Setelah hampir 2 tahun dibelengu Covid, tentunya memakai mask apabila keluar rumah telah menjadi keperluan yang tidak dapat dilupakan.

Malah tertinggal mask adalah seperti tertinggal telefon pintar atau dompet di rumah yang mana pastinya kita sanggup berpatah balik untuk mendapatkannya.

Tetapi lain yang dilakukan oleh dua orang influencer ini apabila mereka merasakan terlupa membawa mask bukan satu masalah yang besar.

Dalam video tersebut, seorang wanita cuba masuk ke sebuah pasar raya di Bali tanpa memakai mask selepas dihalang oleh pengawal keselamatan pasaraya tersebut.

SILA LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Selepas dihalang oleh pengawal pasar raya, wanita dari Rusia itu kembali ke keretanya sementara teman lelakinya memberi idea agar dia lukis mukanya supaya kelihatan seperti dia memakai mask.

Selepas mengecat muka wanita itu dengan cat warna biru, mereka cuba sekali lagi untuk masuk ke dalam pasar raya, dan berjaya melepaskan diri apabila pengawal tidak sedar wanita itu tidak pun memakai mask.

Malah di dalam pasar raya juga orang ramai langsung tidak sedar yang wanita tersebut hanya lukis mask palsu pada mukanya.

Walau bagaimanapun video yang tular itu akhirnya tiba ke perhatian seorang ahli politik Bali yang melaporkan prank tidak sensitif itu kepada pihak imigresen. Sejak daripada itu pasport kedua-dua influencer berkenaan telah dirampas dan mereka berdepan dengan pengusiran.-HCL

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker