Fendy Ada Harapan Dapat Rumah PPR

FENDY ADA HARAPAN DAPAT RUMAH PPR.

FENDY ADA HARAPAN DAPAT RUMAH PPR. DBKL MINTA DOKUMEN SOKONGAN 

“Saya terima panggilan daripada pegawai DBKL berhubung dengan permohonan rumah. Mereka minta saya untuk mengemaskinikan maklumat saya dan menyiapkan segala dokumen diperlukan. Selepas kunjungan dan bantuan yang diberikan oleh wakil rakyat, pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga datang bagi sumbangan barang keperluan dan kewangan.

“Ada juga rakan artis sudi membantu… Alhamdulillah setakat sekarang ni banyak bantuan saya dapat. Harapan saya tak banyak iaitu cukup sekiranya dapat satu rumah mampu milik untuk saya. Ia dapat menjimatkan penggunaan kewangan dalam PKP ni, sekarang sangat terbeban nak bayar sewa RM1,300 tak termasuk utiliti,” demikian kata anggota kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun.

Rintihan terbuka Fendy

Rintihan terbuka Fendy tentang kesempitan kewangan yang dihadapi akhirnya mengundang rasa simpati banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan. Lebih menggembirakan apabila hasrat untuk memiliki sebuah rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur mungkin tercapai sekiranya dia memenuhi kriteria ditetapkan.

Kata Fendy yang tinggal bersama anaknya Nur Azalea Zafirah, 6, masalah kewangan membuatkan dia sukar untuk membayar sewa rumah dan utiliti. Bercerita lanjut tentang bantuan yang sudah diterima, pemain dram Caliph Busker ini berkata dia bersyukur apabila banyak pihak yang tampil membantu dalam tempoh yang singkat.

FENDY ADA HARAPAN DAPAT RUMAH PPR.

Dalam pada itu, Fendy dia mengakui tidak mampu untuk terus bertahan di kondominium yang didiaminya kini dengan kadar sewa RM1,300 sebulan. Ujarnya lagi, dengan kewangannya yang semakin susut menyukarkan dia untuk bertahan sekiranya tidak mendapatkan bantuan.

Tambah Fendy, 30, dia dihubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara berkenaan pada Isnin. Pada Jumaat minggu lalu Fendy memuat naik video di Facebook bertujuan meminta bantuan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur daripada pihak berwajib.

Susulan itu pada Sabtu kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur diziarahi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal secara berasingan. Turut hadir pada hari sama ialah wakil Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

FENDY ADA HARAPAN DAPAT RUMAH PPR.


Baca Artikel Menarik :

Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Influencer Bawa Pam Susu Payudara Semasa Lalu Karpet Merah Festival Filem

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker