DAYANG NURFAIZAH DILAMUN CINTA ATAU GIMIK LAGU BARU ?
DAYANG NURFAIZAH DILAMUN CINTA ATAU GIMIK LAGU BARU ?
“Sayang, apa Khabar,” itulah tulis hantaran tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh penyanyi Dayang Nurfaizah di laman Instagram miliknya semalam.
Biarpun gambar profil pengirim mesej ditutup dengan emoji, apa yang membuatkan peminat berasa ingin tahu adalah nama pengirim turut menggunakan simbol hati.
“Sampai masa saya kongsi pada semua,” kata Dayang ringkas.
Tindakan Dayang memuat naik hantaran itu turut membuatkan segelintir pihak tertanya-tanya kerana penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu cukup dikenali dengan sikapnya yang tidak terlalu bercerita soal peribadi.
Ada juga beranggapan mungkin sudah tiba waktu Dayang berkongsi khabar gembira kepada peminat. Dayang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki antaranya penyanyi Anuar Zain dan Hael Husaini.
Malah, hubungan akrab Dayang dan penyanyi lagu ‘Jampi’ itu juga turut menjadi perhatian warganet sehingga ramai menjangka mereka bakal bertunang.
Hantaran dikongsikan Dayang itu mendapat lebih 17,000 tanda suka dan lebih 400 komen. Bukan saja dalam kalangan peminat, tapi juga teman rapat dan rakan artis yang kebanyakannya tidak sabar mengetahui siapakah individu misteri di sebalik mesej ‘Sayang, apa khabar’ itu.
Dalam pada itu, ada juga peminat mengatakan hantara tersebut mungkin gimik untuk lagu apabila Hael juga turut memuat naik posting dengan kapsyen “I miss you (dalam tulisan korea). Apa kabar?”, seminggu yang lalu.
DAYANG NURFAIZAH DILAMUN CINTA ATAU GIMIK LAGU BARU ?
Baca Artikel Menarik :
Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai
- Lakukan Gencatan Politik, Tumpu Kepada Rakyat – TMJ
- Saya tak ada masalah dengan presiden – Tajuddin
- Musang king dah kena tebang, ‘rasuah king’ bila lagi?
- Minta maaf, tak boleh beri kenyataan – Fiza
- Resepi Mee Sup Siam Wajib Cuba
Dayang Nurfaizah Teringin Nak Kahwin, Tapi Fatin Afeefa ‘Nak Tutup Kilang’