Annuar patut dikenakan denda lebih tinggi – peguam

Annuar patut dikenakan denda lebih tinggi – peguam

Dua peguam mengkritik keputusan polis yang berlembut dengan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dalam menjatuhkan hukuman terhadap pemimpin itu kerana melanggar SOP Covid-19 baru-baru ini.

Peguam, SN Nair dan Jeyaseelan Anthony, menyatakan bahawa lawatan Annuar ke atas bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya pada hujung minggu lalu merupakan kali kedua Ahli Parlimen Ketereh itu melanggar SOP.

Bercakap kepada FMT, mereka berkata Annuar layak dikenakan denda lebih tinggi daripada kompaun RM2,000 seperti yang diperkatakan polis Dang Wangi.

Nair berkata, Annuar sebagai anggota Kabinet, menyedari bahawa dia melanggar sekatan pergerakan dan hukuman dikenakan itu mesti setimpal.

“Orang biasa didenda RM10,000 dan majoriti mereka tidak mengetahui apa yang betul dan salah di bawah SOP. Sebenarnya, sebelum ini juga ada beberapa orang ditangkap.

“Saya tidak minta untuk ditangkap, tetapi mesti setimpal kerana ini adalah kesalahan kedua. Ini sejajar dengan apa yang kita sebut kesaksamaan dalam pelaksanaan undang-undang. Sekiranya VIP diberikan hukuman ringan meskipun secara terang-terangan melanggar undang-undang, itu akan merosakkan sistem keadilan kita,” katanya.

Anthony berkata, denda RM10,000 mungkin terlalu tinggi tetapi bersetuju bahawa ia (hukuman) sepatutnya lebih tinggi daripada RM2,000 kerana Annuar melakukan kesalahan berulang dan terdapat “jurang waktu pendek antara kesalahan ini dan sebelumnya”.

Dalam catatan di Twitter yang sudah dipadam pada Sabtu, Annuar menyatakan beliau dan isterinya menghabiskan masa dua jam makan tengah hari bersama perdana menteri kelima itu.

Menziarah tidak dibenarkan di bawah SOP semasa bagi kawasan di Kuala Lumpur.

Feb lalu, Annuar membayar denda RM1,000 kerana makan di meja bersama enam yang lain ketika lawatan ke sebuah projek pusat komuniti di Cheras. Pada masa itu, hanya dua orang bagi satu meja yang dibenarkan ketika makan di luar.

Akhir bulan itu, kerajaan mewartakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 bagi kesalahan melanggar SOP.

Menteri Kanan Keselamatan ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, berkata denda tinggi dikenakan di bawah peraturan itu hanya bagi kesalahan berulang. FMT

Annuar patut dikenakan denda lebih tinggi – peguam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerajaan perlu jawab dakwaan serius frontliners

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker