Bohong, ‘fake news’ kebiasaan Tajuddin – Lim

Bohong, ‘fake news’ kebiasaan Tajuddin, Guan Eng selar dakwaan ‘kerjasama’ DAP-Muhyiddin

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan parti itu akan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam undi percaya, seperti didakwa seorang pemimpin Umno sebelum ini.

Lim berkata, DAP dan “keseluruhan blok pembangkang” mendesak perdana menteri meletak jawatan kerana kehilangan sokongan majoriti susulan keputusan Umno menarik balik sokongannya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan bergantung kepada sokongan parti pembangkang, terutama DAP memandangkan Umno berhenti menyokong Muhyiddin.

Laporan itu turut memetik sumber yang mendakwa bahawa satu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara DAP dan PN sedang dirundingkan.

Dakwaan Tajuddin adalah satu “penipuan”, kata Lim, yang meminta beliau menunjukkan bukti kerjasama dengan Muhyiddin seperti didakwanya, selain CSA itu.

“Seperti biasa, ini penipuan oleh Tajuddin, satu lagi cerita palsu. Saya tak pernah bertemu PM sejak beliau menyandang jawatan itu.

“Ini adalah satu lagi penipuan demi pertelingkahan dalaman Umno. Khabar angin ini dicetuskan oleh pihak dalam Umno yang menyokong Muhyiddin. Saya juga menafikan bahawa kami (DAP) buat CSA dengan PN,” katanya kepada FMT

Bohong, ‘fake news’ kebiasaan Tajuddin – Guan Eng


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker