Covid-19 : 11079 kes hari ini, rekod baharu

Covid-19 : 11079 kes hari ini, rekod baharu

Lebih 11,000 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini.

Angka ini yang tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia dan pertama kali mencecah lima angka.

Buat kali pertama kes harian COVID-19 melepasi angka 10,000 apabila 11,079 kes baharu dilaporkan hari ini.

Tertinggi sebelum ini ialah 9,353 kes pada 10 Julai lalu.

Peningkatan kes terutama di Kuala Lumpur dan Selangor kebelakangan ini dijelaskan kerajaan kerana berkait dengan saringan bersasar di kawasan PKPD dan kilang.

Menurut data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, Selangor melaporkan 5,263 kes.

Kuala Lumpur pula 1,521 kes disusuli Negeri Sembilan dengan 1,033 kes.

Kedah terus melaporkan angka yang tinggi dengan 497 kes diikuti Sarawak 472 kes dan Johor, 406.

Daripada beberapa negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), Perak melaporkan 329 kes, Pahang (321 kes), Pulau Pinang (234 kes) dan Kelantan (211 kes).

Perlis hari ini mencatatkan sifar kes diikuti Labuan (60 kes).

Baca artikel berkaitan: 8,574 kes baharu COVID-19, Kedah & Melaka lebih 400

Kes baharu COVID-19 9,105, Kelantan kembali tiga angka

Pada 13 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,079 kes.
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 5,263 kes
WPKL : 1,521 kes
Johor : 406 kes
Sabah : 239 kes
Sarawak : 472 kes
Negeri Sembilan : 1,033 kes
Pulau Pinang : 234 kes
Kelantan : 211 kes
Perak : 329 kes
Kedah : 497 kes
Melaka : 323 kes
Pahang : 321 kes
Terengganu : 93 kes
WP Labuan : 60 kes
WP Putrajaya : 77 kes
Perlis : 0 kes

Berita lanjut menyusul

Covid-19 : 11079 kes hari ini, rekod baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker