“Temankan Mama, Ben”-Ahli Keluarga Dan Rakan Artis Seperjuangan Tangisi Pemergian Allahyarham Benjy
Pemergian pelakon berbakat besar, Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim @ Benjy semalam ditangisi ramai.
Bagi penggiat seni dan rakan selebriti, Allahyarham akan dikenang bukan sahaja sebagai insan seni dengan bakat luar biasa, malah saudara, abang dan adik yang sangat dikasihi.
Antara yang paling awal memuat naik perkongsian berkenaan Benjy ialah para pelakon yang bersama-samanya dalam drama yang pernah mencipta fenomena satu ketika dahulu, Kerana Cintaku Saerah, Noor Khiriah.
Aktres Melissa Saila pula berkongsi cerita kali terakhir berhubung dengan Allahyarham pada 2018.
“Bersyukur sempat dapat berkomunikasi dengan Ben last in 2018. Great to hear the same intelligent and warm person he had always been and always be remembered,’ tulisnya di Facebook.
Selain itu, rakan artis seperti Sharifah Amani, Pekin Ibrahim, Shaheizy Sam, Ellie Suriati dan Datuk Hans Isaac turut memuat naik entri memperingati Allahyarham.
“Temankan Mama sekarang, Ben,” tulisnya dalam bahasa Inggeris di Twitter, disertakan gambar Benjy bersama Allahyarham ibu mereka, seniwati Azean Irdawaty, yang meninggal dunia pada 2013.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia juga mengucapkan takziah dan sedang dalam proses perbincangan dengan pihak di Indonesia tentang pengurusan jenazah Benjy.
“Seniman sedang berhubung rapat dengan Konsulat General Malaysia di Medan Indonesia, pihak penjara dan keluarga Benjy,” kata Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah.
Dalam perkembangan berkaitan, keluarga Benjy sudah memberi keizinan kepada pengurusan penjara di Medan untuk menguruskan pengebumian Allahyarham di sana.
“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara di Medan mengebumikan jasad (Benjy) di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok,” kata keluarga Allahyarham Benjy.
Bahkan, adik Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty dalam wawancara bersama Astro AWANI berkata, abangnya yang mesra dipanggil Ben tidak mahu ahli keluarga atau mana-mana individu berdepan kesulitan untuk membawa jenazahnya pulang ke tanah air.
“Sejak dahulu lagi, sebelum COVID-19 bermula lagi, Ben sudah lama pesan, kalau apa-apa jadi dekat kepada dia di sana, tak perlu bawa balik jenazah ke Malaysia. Dia minta sedekahkan Al-Fatihah, biar kebumi di sana,” kata Innesa.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan, Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada pukul sekitar 11 pagi Ahad akibat penyakit asma.
Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.
Allahyarham Benjy yang banyak membintangi drama dan filem sejak usia remajanya pernah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Lee pada Februari 2004.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Firdaus Juan Benjamin, 16.
“Temankan Mama, Ben”-Ahli Keluarga Dan Rakan Artis Seperjuangan Tangisi Pemergian Allahyarham Benjy
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu
- Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV
- Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]
- Resepi Almond Nutella Cookies Rangup
Pelakon Allahyarham Benjy Selamat Dikebumikan Dan Keluarga Dapat Tonton Guna Panggilan Video
You must be logged in to post a comment.