Kami mohon maaf, terima dengan terbuka laporan insiden LRT – Prasarana

Kami mohon maaf, terima dengan terbuka laporan insiden LRT - Prasarana

Kami mohon maaf, terima dengan terbuka laporan insiden LRT – Prasarana
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Norlia Noah, berkata pihaknya turut kesal dengan insiden yang berlaku di mana mencemarkan rekod bersih LRT Kelana Jaya yang beroperasi selama 23 tahun.

PETALING JAYA: Prasarana memohon maaf dan menerima dengan terbuka keputusan laporan awal insiden tren LRT yang dibentangkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Norlia Noah, berkata pihaknya turut kesal dengan insiden yang berlaku di mana mencemarkan rekod bersih LRT Kelana Jaya yang beroperasi selama 23 tahun.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah dan warga kerja Prasarana, kami memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan penumpang kami khususnya atas insiden yang tidak diingini ini.



“Kami amat sedih kerana kejadian ini yang menghapuskan rekod bersih LRT Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 23 tahun,” katanya dalam kenyataan

Prasarana CEO Norlia Noah.

Mengulas laporan itu, Norlia menerangkan pada malam kejadian, mulanya kedua-dua “OCC” dan “Hostler” mematuhi semua SOP yang berkenaan.

Namun, liputan radio komunikasi yang tersekat-sekat dan kelewatan perkhidmatan telah memberi tekanan bagi mereka untuk menggerakkan tren yang dipandu manual secepat mungkin, secara tidak langsung menjadi antara punca SOP tidak dipatuhi sepenuhnya.

Prasarana juga telah mengambil beberapa langkah segera berkaitan sistem keselamatan, operasi, tenaga kerja dan penyelenggaraan rel untuk memantapkan lagi SOP perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.

“Kami sedang menyemak semula secara menyeluruh struktur, proses dan pematuhan keselamatan, kawalan akses ke trek, protokol untuk komunikasi dan sebagainya supaya kesemua cadangan jangka pendek dapat dilaksanakan.



“SOP juga telah diperketatkan dengan serta-merta untuk menangani sebarang gangguan komunikasi antara ‘OCC’ dan tren-tren yang dipandu secara manual,” katanya.

Selain memberi kerjasama penuh dan telus, Norlia berkata fokus utama Prasarana ialah untuk memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya kepada penumpang yang terbabit dalam insiden 24 Mei lalu.

Katanya, Prasarana turut menyediakan bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan, rawatan susulan dan perbelanjaan lain yang berkaitan, selain khidmat kaunseling kepada penumpang terlibat.

“Janji temu untuk perkhidmatan ini boleh dibuat menerusi talian krisis dan akan disediakan selama mana ia diperlukan. Sehingga hari ini, seramai 73 orang tampil untuk menerima bantuan segera wang ihsan,” katanya.

Prasarana menyeru penumpang terlibat untuk menghubungi Talian Krisis di 014 7371330 dan email [email protected] yang disediakan.



Kami mohon maaf, terima dengan terbuka laporan insiden LRT – Prasarana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker