UMNO Akan Pertahan Semua Kerusi Yang Dimenangi PRU Lalu – Zahid

UMNO akan mempertahankan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh parti itu dalam pilihan raya yang lalu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi mengesahkan mengenai pendirian tersebut.

“Kita akan pertahankan dan ambil alih semula semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN, berapa sekalipun yang dimenangi di dalam PRU-14 yang lalu.

“Pendirian adalah untuk menghargai semua usaha yang telah dilakukan dan kemenangan tersebut adalah atas nama UMNO dan atas lambang Barisan Nasional maka adalah amat munasabah untuk kita pertahankan, walau pun kerusi tersebut telah berada di pihak lain,” katanya ketika di temui di Felda Besout petang tadi.



Menurut Zahid lagi, UMNO tidak akan mengadakan perundingan mengenai isu tersebut sambil meminta agar pendirian tegas tersebut dihormati.

“Kerana kemenangan tersebut bukan disebabkan pihak lain tapi adalah kemenangan UMNO dan BN dan ini meliputi semua kerusi-kerusi yang kita menang atas usaha kita sendiri itu.

”Perkara ini harus dihormati dan kita tidak akan melakukan perundingan dan akan berpendirian tegas dan kita berharap pendirian itu dihormati oleh semua pihak. – SuaraTV



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker