“So Far, Alhamdulillah Okay Guys” Penyanyi Hafiz Suip Akhirnya Beri Penjelasan Teka Teki Kesihatan Beliau

“So Far, Alhamdulillah Okay Guys” Penyanyi Hafiz Suip Akhirnya Beri Penjelasan Teka Teki Kesihatan Beliau

Penyanyi Hafiz Suip yang cukup popular dengan lagunya Awan Nano sebelum ini tiba-tiba menjadi viral selepas menaikkan gambar hitam putih dirinya yang kelihatan kurus.

KEADAAN kesihatan Hafiz Suip terus menjadi tanda tanya apabila foto terbaharunya memperlihatkan bentuk badan penyanyi itu semakin susut.

Peminat menjadi semakin tertanya-tanya selepas Hafiz menggunakan ayat kapsyen untuk mengingati hari kematian serta turut meminta maaf kepada semua orang.

Menyedari kebimbangan peminat, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 31, berkata, dia beradadalam keadaan baik dan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Assalamuailakum guys… ni sikit lagi nak kembang, tunggu gim buka sahaja.

“Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa yang tentukan termasuk diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, (sebab) itu kita jumpa doktor.

“So far, Alhamdulillah okay guys… dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita, ” katanya menerusi Instagram.

Bersama kapsyen itu Hafiz berkongsi foto dia di depan cermin sambil menunjukkan otot di bahagian lengannya.

Dalam pada itu penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu turut berterima kasih di atas keprihatinan peminat terhadapnya dan turut mendoakan yang terbaik buat semua.

Dalam posting ini, Hafiz turut menunjukkan gambar dirinya yang terkini dengan lengan yang semakin mengembang dan tak sabar nak tunggu gym dibuka semula untuk dia meneruskan rutin bersenam.

Pada masa sama, Hafiz turut berkongsi rasa lucunya di Instagram stories bila dirinya yang kurus pun kena body shaming.

Apapun Hafiz memaafkan mereka yang mengeluarkan pelbagai andaian yang tak masuk akal dan mendoakan agar semua orang dipermudahkan segala urusan.

“Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan anda… terima kasih di atas keprihatinan kalian.

“Saya sayang kalian sampai jannah, InsyaAllah, ” tulisnya.

Sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu mendapat perhatian apabila memuat naik satu status di laman Instagram, memohon maaf di atas segala kesilapannya.

Menurut anak jati Kuching, Sarawak ini dia berbuat demikian kerana takut dengan azab Allah di hari pembalasan kelak.

“Saya minta maaf jika pernah tersalah cakap, terkecilkan hati atau ada dendam yang tersimpan selama ini… maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng… tapi hakikatnya saya takut azab Allah SWT di mana suatu hari nanti apabila saya mati saya akan dihisab

Saya tidak minta lebih, cuma doakan yang baik dan saya minta kalian bermodalkan lima minit sahaja, ada masalah… dua rakaat minta dengan Allah, itu sahaja, ” katanya

Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang  cahaya mata.

Sumber: Instagram Hafiz Suip

“So Far, Alhamdulillah Okay Guys” Penyanyi Hafiz Suip Akhirnya Beri Penjelasan Teka Teki Kesihatan Beliau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker