Gantung diri pada kipas siling

Gantung diri pada kipas siling

KLUANG – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada kipas siling di sebuah kediaman di Taman Sri Paya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 11.15 pagi.

“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang telah menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan satu kejadian gantung diri di alamat Taman Sri Paya Kluang Johor.

“Siasatan tempat kejadian mendapati si mati ialah satu lelaki berumur 44 tahun ditemui dalam keadaan gantung diri di kipas siling bilik.

“Waris kemudian menghubungi pihak Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk bantuan dan pihak ambulans telah sampai dan mengesahkan si mati telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, si mati telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk proses bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan siasatan termasuk sama ada mangsa mengalami masalah peribadi masih dijalankan,” katanya. K Online

Gantung diri pada kipas siling


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker