Pakar Perlembagaan kata Kerajaan Muhyiddin tidak tergugat

 

Pakar Perlembagaan kata Kerajaan Muhyiddin tidak tergugat. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih tidak tergugat walaupun UMNO telah menarik sokongan terhadap beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, tindakan itu tidak semestinya membuatkan Muhyiddin secara automatik hilang sokongan majoriti di Parlimen.



“Kehilangan majoriti itu perlu dibuktikan secara jelas sama ada melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau pembentangan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa majoriti ahli Parlimen tidak lagi menyokong Muhyiddin.

“Ia selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut jika perdana menteri hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka beliau perlu letak jawatan dalam kabinet atau perlu menasihatkan Seri Paduka untuk membubarkan Parlimen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau menegaskan, bukti kukuh kehilangan majoriti itu perlu dikemukakan mengikut lunas yang betul.

Zahidi kata tindakan UMNO beri peluang Anwar jadi PM



“Perlu dibentangkan usul undi tidak percaya di Parlimen kerana dari situ, kita dapat lihat angka tepat berapa ramai ahli Parlimen UMNO dan pembangkang yang menyokong serta berapa ramai yang menentang,” katanya.

Ujarnya, jika usul undi tidak percaya dibentangkan di Dewan Rakyat, maka perlu ada satu kumpulan ahli Parlimen menghadap Seri Paduka dan membuktikan mereka tidak lagi menyokong Muhyiddin.

“Jika itu berlaku, dengan sendirinya Seri Paduka memanggil Perdana Menteri dan menunjukkan bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.



“Seri Paduka akan meminta Perdana Menteri meletak jawatan. Mungkin Perdana Menteri menasihatkan Seri Paduka membubarkan Parlimen.

“Namun dalam keadaan pandemik, saya yakin Al-Sultan Abdullah tidak akan bubarkan Parlimen,” katanya.

Jelasnya, Seri Paduka berkemungkinan mempunyai calon pengganti Muhyiddin yang akan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Namun, jika tiada calon, mungkin Seri Paduka akan lantik seorang perdana menteri interim,” katanya.



Rakyat kelaparan, pemimpin politik sibuk ‘bertumbuk’

‘Tak semudah itu lepas jawatan’

Pakar Perlembagaan kata Kerajaan Muhyiddin tidak tergugat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ismail Sabri boleh kembalikan kepimpinan UMNO – Penganalisis

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker