Nia Ramadhani, suami dah lama ambil syabu



Nia Ramadhani, suami dah lama ambil syabu

Nia Ramadhani, suami ambil syabu sejak lima bulan lalu

Jakarta: Pelakon Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie yang didakwa mengambil dadah sejak lima bulan lalu bakal berdepan hukuman penjara empat tahun.

Pasangan terbabit dituduh atas fasal 127 Undang-Undang No 35 Tahun 2009 berkenaan penyalahgunaan dadah dan hukuman empat tahun penjara.

“Siasatan masih di peringkat awal,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Inspektor Yusri Yunus pada sidang media hari ini.




Nia ditahan di rumahnya di Pondok Indah, Jakarta Selatan, semalam.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

Terdahulu, polis menahan pemandu peribadi pasangan itu dikenali sebagai ZN yang turut didakwa mengambil dadah jenis syabu.

Dalam serbuan di rumah mereka, polis alat dipercayai digunakan untuk menghisap syabu.

Media Indonesia dalam satu laporan memaklumkan, serbuan dibuat susulan penahanan ZN.




“Hasil soal siasat mendapati ZN mengakui dadah itu milik Nia,” katanya.

Yusri berkata, ketika serbuan, Ardi tidak berada di rumah dan Nia mengakui menggunakan dadah bersama suaminya. HM

Nia Ramadhani, suami dah lama ambil syabu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti



Leave a Reply

Your email address will not be published.