PH tak mahu terlibat dalam krisis, PRU, PRN dan PRK bukan masanya

PH tak mahu terlibat dalam krisis, PRU, PRN dan PRK bukan masanya. Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya kecil (PRK) berikutan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Khamis berkata, justeru, PH akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas.

“PH juga beri fokus kepada langkah-langkah menghidupkan semula ekonomi negara yang lebih baik melalui dasar yang diteliti dan diumum oleh jawatankuasa PH.

“Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat ekoran krisis Covid-19 yang kian meruncing, berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. – Bernama

PH tak mahu terlibat dalam krisis, PRU, PRN dan PRK bukan masanya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bila pula saya sokong Muhyiddin – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker