Kucing ke balai bomba untuk dapatkan rawatan

Sebaran :

Kucing ke balai bomba untuk dapatkan rawatan

‘Kucing ke balai bomba untuk bantuan buang mata kail di telinga’

MANJUNG: Demi kasih sayang kepada kucingnya, seorang lelaki sanggup berkejar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung di sini, bagi mendapatkan bantuan menanggalkan mata kail yang tertusuk pada cuping telinga haiwan peliharaan itu.

Kejadian berlaku apabila kucing dinamakan Ben itu, dikatakan melompat masuk melalui tingkap ke stor rumah tuannya di Kampung Permatang di sini, sebelum mata kail yang ada dalam bilik itu tertusuk telinga haiwan berkenaan.



Ketua BBP Seri Manjung, Shuib Idris, berkata kucing berkenaan dikejarkan ke balai itu oleh pemiliknya pada 9.42 pagi demi mendapatkan bantuan.

“Kerja mengeluarkan mata kail itu bermula jam 9.44 pagi menggunakan peralatan khas dan berjaya dikeluarkan dalam tempoh lapan minit.

“Anggota kemudiannya turut menyapu ubat pada tempat tusukan mata kail itu sebagai bantuan perubatan terhadap haiwan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shuib berkata, bagaikan mengerti bantuan yang dihulurkan pihaknya, kucing berkenaan langsung tidak mengiau atau meronta ketika operasi mengeluarkan mata kail terbabit, seolah-olah memahmi usaha sedang dijalankan mereka untuk menyelamatkannya. BH



Kucing ke balai bomba untuk dapatkan rawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bila pula saya sokong Muhyiddin – Najib

Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ


Sebaran :

Leave a Reply