Golongan Darah O Disaran Lebihkan Makan 5 Buah-Buahan Ini

Golongan Darah O Disaran Lebihkan Makan 5 Buah-Buahan Ini

JENIS darah manusia terbahagi kepada empat iaitu A, B, AB dan O yang memainkan peranan termasuk proses penghadaman dan reaksi berbeza terhadap makanan.

Penulis buku Eat Right For Your Type oleh Dr Peter D’Adamo menjelaskan kelompok darah adalah berdasarkan antigen tertentu yang dapat memicu rekasi terhadap zat asing selain memberi reaksi terhadap makanan yang masuk ke dalam badan.

Bagi pemilik darah O, golongan ini dapat menjalani kehidupan lebih sihat dengan mengambil makanan yang sesuai selain dapat mencegah risiko penyakit tertentu termasuk berkaitan dengan sistem pencernaan.

Golongan berdarah O disarankan untuk lebih mengambil buah-buahan yang mengandungi alkali atau tinggi pH kerana dapat membantu menyeimbangkan kadar pH dalam tubuh.

Berikut adalah lima jenis buah yang bagus untuk individu dalam kumpulan darah O.

Buah Tin

1. Buah tin

Buah tin mengandungi gula semula jadi, mineral, kalium, kalsium dan serat yang membantu melancarkan pembuangan air besar serta menghalang gangguan pencernaan. Buah ini juga mampu mengubah pH dalam perut yang berasid kepada neutral.

Pisang

2. Pisang

Pisang dapat membantu individu berdarah O dengan masalah gastrik kerana ia membantu pembentukan lapisan pelindung pada perut dan mengurangkan rasa sakit disebabkan gastrik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangga

3. Mangga

Mangga kaya dengan pelbagai nutrisi yang dapat menjaga kandungan alkali dalam tubuh. Serat yang terdapat padanya juga mampu membantu meningkatkan sistem penghadaman bakterja dan membakar lebih banyak kalori.

Jambu

4. Jambu batu

Buah jambu batu kaya dengan antioksidan, vitamin C, potasium dan serat yang cukup baik untuk sistem pencernaan. Kajian juga mendapati buah itu juga dapat membantu masalah cirit-birit.

Plum

5. Plum

Buah plum kaya dengan antioksidan dan menjadi makanan detoks yang baik. Ia juga mampu meningkatkan metabolisme kerana kandungan kromium, kalium, selenium, mineral, vitamin C di dalamnya. Ia juga cukup baik sebagai ubat semula jadi bagi masalah sembelit.

Golongan Darah O Disaran Lebihkan Makan 5 Buah-Buahan Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker