Kenyataan Ahmad Maslan bercanggah pendirian Presiden UMNO

Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan bercanggah dengan ketetapan awal dibuat presiden parti Ahmad Zahid Hamidi, dakwa Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.

Ini selepas Ahmad Maslan berkata walaupun MP Umno dibenarkan menggunakan budi bicara sendiri dalam pengundian di parlimen, ia masih harus berpandukan keputusan parti.

Pun begitu, Shahidan menegaskan ahli parlimen Umno dan BN akan tetap berpegang kepada kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang memberi kebebasan kepada wakil rakyat parti itu untuk menentukan sokongan ketika proses pengundian di Dewan Rakyat.



“Presiden Umno telah menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen Umno boleh menggunakan budi bicara mereka apabila berlaku sebarang pengundian ketika sidang parlimen berlangsung dan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Namun demikian, merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 8 Julai 2021 terdapat pertambahan ketetapan baru yang dikenakan kepada ahli-ahli parlimen Umno apabila perlu menjadikan keputusan parti sebagai panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab ketika sidang parlimen.

“Perkara ini dilihat tidak menggambarkan keputusan awal yang telah diumumkan oleh presiden Umno.

“Sehubungan dengan itu, kami ahli parlimen Umno dan BN berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh presiden Umno iaitu memberikan kebebasan budi bicara kepada ahli-ahli parlimen untuk membuat keputusan ketika sesi pengundian,” jelas Shahidan pada satu kenyataan, hari ini.



Kenyataan Ahmad Maslan semalam itu hadir sebagai “butiran tambahan” terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat kelmarin untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, seperti diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi awal pagi semalam.

“MKT juga telah mengambil keputusan bahawa ketika sidang parlimen nanti, ahli-ahli parlimen Umno boleh menggunakan budi bicara mereka apabila berlaku sebarang pengundian.

“Namun, difahami bahawa semua keputusan parti mestilah dijadikan panduan oleh ahli-ahli parlimen Umno dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka,” kata Ahmad pada satu kenyataan.

Sementara itu,Shahidan yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) mengucapkan terima kasih kepada majoriti ahli parlimen Umno dan BN serta seluruh ahli-ahli parlimen PNBBC yang menyatakan pendirian untuk terus menyokong Muhyiddin.



“Diharapkan kita semua memberikan penekanan utama kepada usaha melawan Covid-19 dan mensejahterakan kehidupan rakyat daripada terus berpolitik dalam era pandemik ini,” kata Shahidan yang disingkir Zahid daripada jawatan pengerusi Umno Perlis pada April lalu.

Kenyataan Ahmad Maslan bercanggah pendirian Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker