Food bank, sekali dengan meja diangkut

Food bank, sekali dengan meja diangkut

Meja letak ‘food bank’ pun hilang

Jika sebelum ini ‘kecoh’ di media sosial apabila segelintir individu tanpa segan silu mengambil semua barangan yang diletakkan di ‘food bank’ sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Lebih mengejutkan, meja yang digunakan untuk meletakkan barangan sumbangan turut ‘dilarikan’.

Menerusi satu gambar yang tular di laman Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja yang digunakan untuk meletakkan makanan itu hilang.

Selain itu, pemilik ‘food bank’ itu turut meninggalkan satu nota pesanan iaitu ‘Tolong Kembalikan Meja Saya’.

Bagaimanapun, Kosmo! tidak mempunyai maklumat lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Sementara itu, orang ramai mengecam tindakan individu yang melarikan meja itu dan meminta ‘pencuri’ itu supaya mengembalikan dengan segera.

“Orang suruh ambil barang sahaja yang awak ‘rembat’ sampai meja pun hilang apa ke hal? Meja pun satu keperluan ke sekarang?,” soal John Rambo.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Nur Amanda.

“Selepas ini mungkin orang sudah serik untuk memberikan bantuan ‘food bank’ ini kerana ramai yang ambil kesempatan bukannya betul-betul terdesak,” jelasnya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Food bank, sekali dengan meja diangkut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker