Punca Tak Belikan Baju Mahal Pasangan Ini Bertengkar [VIDEO]

Punca Tak Belikan Baju Mahal Pasangan Ini Bertengkar [VIDEO]

Beijing: Tanpa memikirkan rasa malu, seorang wanita sanggup bertengkar dengan teman lelakinya di depan khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah di China.

Ia hanya kerana keinginannya untuk membeli baju dan kasut mahal tidak dituruti.

World of Buzz melaporkan pasangan berkenaan berasal dari Shijiazhuang dekat wilayah Hebei dan insiden berlaku di Plaza Wanda, baru-baru ini.

Pasangan itu mulanya berjalan-jalan di pusat beli-belah berkenaan sebelum singgah di sebuah kedai menjual pakaian dan kasut.

Kekecohan berlaku apabila wanita berkenaan berang dan mengamuk selepas teman lelakinya enggan membelikan barangan berharga 1,800 yuan (kira-kira RM1,159).

China Sohu melaporkan lelaki itu menolak permintaan kekasihnya itu berikutan harga barang itu terlalu mahal.

Disebabkan berasa diaibkan oleh teman lelakinya, wanita berkenaan mula memaki hamun kekasihnya sehingga berlaku perang mulut antara mereka.

Rakaman video daripada seorang pengunjung pusat beli-belah menunjukkan pasangan itu mula bertengkar di hadapan salah sebuah premis.

VIDEO DIBAWAH:-

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu juga dipercayai mengheret kekasihnya sebelum menanggalkan baju dipakai lelaki berkenaan secara paksa.

Insiden itu mendapat perhatian netizen di China selepas tular gambar dan video pergaduhan pasangan berkenaan di laman sosial.

Punca Tak Belikan Baju Mahal Pasangan Ini Bertengkar [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker