Tun Juhar lafaz sumpah jawatan sebagai TYT Sabah

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Mahiruddin

KOTA KINABALU: Juhar Mahiruddin melafazkan sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi penggal keempat dalam satu istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu Juhar yang diiringi isteri Norlidah RM Jasni tiba di Dewan Istiadat pada 10.30 pagi sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira 10 minit kemudian.

Juhar kemudian menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, sebelum Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan lafaz ikrar taat setia.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Bungsu @Aziz Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Juhar, sebelum Yang Dipertua Negeri Sabah itu meninggalkan istiadat pada 11 pagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Kadzim M Yahya, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong.

Pada 23 Dis lepas, Juhar menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung khidmatnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi tempoh dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Juhar, 69, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Jan 2011 bagi menggantikan Ahmadshah Abdullah.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapan tahniah dan lafaz ikrar taat setianya berkata berkat bimbingan Juhar, Sabah kini dalam landasan yang tepat bagi memperkasa pertumbuhan ekonomi dan merancakkan pembangunan melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 hingga 2025).

“Pelaksanaan pelan pembangunan yang komprehensif dan holistik ini telah menampakkan impak positif antaranya nilai pelaburan asing dan domestik semakin bertambah, perkembangan positif sektor pelancongan serta pelaksanaan program pembangunan di semua sektor,” katanya.

Katanya, beliau penuh yakin Sabah akan terus menikmati kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran di bawah naungan Juhar sebagai simbol perpaduan pemimpin dan rakyat berbilang latar belakang di negeri ini.

Hajiji berkata bagi pihak pemimpin serta rakyat negeri Sabah, beliau mengucapkan tahniah dan melafazkan ikrar taat setia kepada Juhar sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker