Saman fitnah Anwar: Muhyiddin fail pernyataan pembelaan

Saman fitnah Anwar: Muhyiddin fail pernyataan pembelaan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin telah memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Jan lepas.

Saman itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah mengenai Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Peguam SN Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif berkata, semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar hari ini, mahkamah mengarahkan anak guamnya memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan pada 16 Feb ini.



“Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 23 Feb secara dalam talian di hadapan penolong pendaftar yang sama,” katanya menerusi WhatsApp.

Anwar turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Chetan Lachman Jethwani mewakili Muhyiddin sebagai defendan.

Dalam saman itu, Anwar, 75, mendakwa pada 5 Dis lepas, Muhyiddin telah membuat kenyataan fitnah itu dalam satu ucapan semasa “Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai” di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN, Azman Nasrudin bagi PRU15.

Sehubungan itu, Anwar menuntut daripada Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa. FMT



Saman fitnah Anwar: Muhyiddin fail pernyataan pembelaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker