Mesyuarat MT UMNO tegang isu TPM

Mesyuarat MT UMNO tegang isu TPM. Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang masih berjalan ketika ini dikatakan tegang berikutan pemimpin-pemimpin parti tu menyuarakan pandangan masing-masing dengan perkembangan terkini yang berlaku.

Ia ekoran tindakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun mesyuarat itu diadakan secara maya, namun terdapat beberapa pemimpin kanan yang hadir di Menara Dato’ Onn bagi mesyuarat itu.

Ketika ini, setiap ahli MT diberi peluang seorang demi seorang untuk menyuarakan pandangan mengenai isu jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Mesyuarat sedang berlangsung tegang, ramai MT yang tidak menyokong tindakan Ismail Sabri yang menerima jawatan itu,” kata sumber.

Ketika berita ini ditulis, difahamkan giliran Ismail Sabri belum tiba. Utusan

Mesyuarat MT UMNO tegang isu TPM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT Umno sebelum ini telah putuskan tak terima jawatan TPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker