Vaksin AstraZeneca dibenarkan untuk perjalanan ke EU

Sebaran :

Vaksin AstraZeneca dibenarkan untuk perjalanan ke EU

Vaksin AstraZeneca Covid-19 di Malaysia boleh digunakan bagi perjalanan ke negara-negara Kesatuan Eropah.

Delegasi EU ke Malaysia juga berkata, vaksin lain yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) boleh digunakan untuk perjalanan ke negara-negara anggota kesatuan.

Laman web berita penjagaan kesihatan, CodeBlue sebelum ini melaporkan bahawa Sijil Digital Covid EU yang baru dikuatkuasakan hanya mengiktiraf vaksin yang diluluskan oleh EU untuk perjalanan bebas ke negara-negara tersebut.

Walaupun AstraZeneca diluluskan EU, kelulusan Agensi Ubat-ubatan Eropah tidak merangkumi dos vaksin yang dihasilkan di Korea Selatan, Jepun, dan Thailand – yang digunakan Malaysia.

Bagaimanapun, wakil EU ke Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa vaksin yang diluluskan oleh kesatuan tetapi tidak berada di bawahnya, masih diktiraf untuk digunakan pelancong.

“Kemasukan ke EU pada dasarnya dibenarkan untuk seseorang penerima vaksin penuh dengan salah satu vaksin yang diluluskan EU, termasuk yang dihasilkan di fasiliti yang bukan di bawah kebenaran pemasaran di EU.

“Negara anggota (EU) juga boleh membenarkan kemasukan bagi individu yang diberi vaksin dengan vaksin yang belum diluluskan di EU tetapi telah menyelesaikan proses Penyenaraian Penggunaan Kecemasan WHO,” kata perwakilan itu.

Vaksin lain yang digunakan di Malaysia termasuk Sinovac dan Pfizer, kedua-duanya diluluskan oleh WHO untuk digunakan.

Delegasi EU ke Malaysia berkata negara anggota kesatuan juga bebas menerima dokumentasi yang dikeluarkan oleh negara lain untuk vaksinasi.

Mereka menegaskan bahawa Sijil Digital Covid kesatuan itu bukan syarat untuk melakukan perjalanan di EU.

“Oleh kerana tidak ada senarai syarat umum, rakyat Malaysia yang ingin ke EU perlu memeriksa syarat kemasukan bagi negara anggota yang ingin mereka kunjungi.

“Mereka juga perlu sedar bahawa perkara ini boleh berubah dari masa ke masa bergantung kepada perkembangan wabak di EU dan Malaysia,” katanya. Mk

Vaksin AstraZeneca dibenarkan untuk perjalanan ke EU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin


Sebaran :

Leave a Reply