Lepas dikutuk, dikeji, dilaknat, alhamdulillah menang

Nik Elin bersyukur kemenangan di pihak yang benar.

Lepas dikutuk, dikeji, dilaknat, alhamdulillah menang

Peguam Nik Elin Nik Abdul Rashid meluahkan rasa syukurnya selepas berjaya membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen syariah Kelantan.

“Saya buat untuk semua.



“Dan alhamdulillah setelah dikutuk, dikeji dilaknat, alhamdulillah (keputusan positif),” katanya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peguam yang mewakilinya, Badan Peguam Malaysia serta NGO Sisters in Islam (SIS).

Wanita dari Kelantan bersama anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman hari ini berjaya mendapatkan pembatalan daripada mahkamah tertinggi negara.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen mereka.



Anak-beranak itu mencabar perlembagaan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Antara peruntukan yang dianggap tidak sah ialah mengenai kesalahan memusnah dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).

Menurut Tengku Maimun, badan perundangan Kelantan bertindak melebihi kuasa dengan menggubal enakmen yang bercanggah dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tengku Maimun sekali lagi mengingatkan Nik Elin dan Tengku Yasmin bukan mencabar kedudukan Islam dan sistem kehakiman syariah sebaliknya keabsahan peruntukan itu di sisi perlembagaan kerana melanggar had kuasa negeri.



‘Lindungi, pertahan kedaulatan undang-undang’

Bercakap kepada media selepas keputusan itu, Nik Elin juga berkata dia membawa kes itu untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan demi kebaikan Malaysia.

“Saya peguam. Sebagai peguam kami pegawai mahkamah.

“Saya percaya memang tugas kita sebagai pengamal undang-undang untuk menegakkan, melindungi dan mempertahankan kedaulatan undang undang,” katanya.



Dia juga mengulangi penegasan sebelum ini bahawa ia tiada kena mengena dengan doktrin Islam sebaliknya berkaitan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Saya rasa lepas ini DUN akan menggubal undang undang yang lebih… mereka akan lebih berhati-hati ketika membuat draf perundangan,” katanya.

Bantahan awam terhadap tindakan Nik Elin di pekarangan mahkamah
Dia juga berharap ia akan mengharmonikan mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Sementara itu, mengulas berkaitan bantahan orang ramai terhadap tindakannya, Nik Elin berkata tidak semua berpendapat sedemikian.



“Saya balik Kelantan saya tak ada kena kecaman pun. Semua menyokong saya,” katanya. Mk

Lepas dikutuk, dikeji, dilaknat, alhamdulillah menang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker