Issey minta maaf dengan Shuk
Issey minta maaf dengan Shuk
Pelawak dan penyampai radio, Issey memohon maaf kepada warganet atas gurauan kasar terhadap pelawak serta pengacara Shuk Sahar dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim keempat yang ditayangkan di TV3, kelmarin.
Menerusi program itu, Issey yang juga penyampai radio Suria FM mengeluarkan ayat ‘awak pernah curang saya tak pernah’ yang ditujukan pada Shuk sebagai balasan gurauan kepada dirinya.
Issey, 34, atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata, dia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat itu secara terbuka apatah lagi pada program yang ditayangkan di TV.
“Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja.
“Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu. Malah jauh sekali nak menjatuhkan maruah dia. Begitu juga dengan Shuk. Cuma, memang itu cara gurauan kami selama ini.
“Namun, diakui perkara ini salah kerana saya bergurau di tempat awam dan ia tidak sesuai. Jadi, saya nak minta maaf kepada warganet sebab ini tidak patut berlaku. Sepatutnya guraun seperti ini tidak patut dibuat secara terbuka,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Issey, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuk.
“Dari dahulu sampai sekarang saya dan Shuk okay, kami tidak pernah ada masalah. Malah, ketika rakaman dijalankan pun kami siap melawak lagi. Selepas itu pun kami ada berjumpa.
“Sehinggalah episod ini ditayangkan dan ia menjadi tular. Saya pun terus menghubungi Shuk dan minta maaf atas apa yang berlaku. Tidak menjangka perkara ini menjadi isu tapi dia kata okay saja,” katanya.
Sehubungan itu, Issey juga penyampai radio Suria FM berharap netizen tidak lagi memperbesarkan perkara itu.
“Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk. Lagi pula saya pun sudah minta maaf pada Shuk.
“Secara peribadi, saya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum itu, Shuk memuji kesetiaan Issey terbabit dalam program ICSYVM dan sudah menunjukkan satu perubahan ketara pada dirinya.
“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” katanya.
Namun, selepas itu suasana bertukar menjadi riuh-rendah dengan pujian tambahan oleh Issey secara seloroh. HM
Issey minta maaf dengan Shuk
Baca Artikel Menarik :
- Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai
- Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?
- Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]
- Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan
- Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen
- Resepi Ayam Goreng Madu Mamak
Layari Laman Facebook MYKMU